Serdang, 30 Januari - Seminar Sains Matematik dan Statistik 2026 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Januari 2026 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Jabatan Matematik dan Statistik UPM telah berjaya menghimpunkan pelajar dan ahli akademik dalam satu platform perkongsian ilmu dan penyelidikan.
Hari pertama dimulakan dengan pembentangan oleh pelajar pascasiswazah diikuti syarahan plenari oleh Prof. Boumediene Chentouf dari Kuwait University, yang memperkaya perbincangan ilmiah dalam bidang matematik dan statistik. Hari kedua pula menampilkan pembentangan Projek Tahun Akhir oleh pelajar prasiswazah, termasuk penyertaan antarabangsa daripada Universitas Hasanuddin (UNHAS), sekali gus mengukuhkan jaringan akademik global.
Pada hari ketiga, sesi pembentangan diteruskan melibatkan pelajar UPM dan UNHAS, di samping syarahan ucaptama oleh Mohd Fazlin Zainal Abidin dari Manjaku Retail Sdn. Bhd. yang membincangkan tema “Mathematics and Statistics in Data-Driven Intelligence”. Seminar ini melabuhkan tirai dengan majlis penutup yang menyaksikan penyampaian Anugerah Best Presenter serta penghargaan kepada semua peserta.
Secara keseluruhan, seminar ini berjaya mencapai objektif sebagai platform perkongsian ilmu, memperkukuh kolaborasi antarabangsa, serta memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pelajar.






Tarikh Input: 20/04/2026 | Kemaskini: 20/04/2026 | norlida_mn

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :