Serdang, 29 Ogos 2023-
Lawatan sambil belajar ke Makmal Sains, Fakulti Sains UPM oleh SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak telah diadakan pada 29 Ogos yang lalu.
Majlis bermula dengan ketibaan para pelajar SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak ke Bilik Saintis Gemilang 1, Fakulti Sains kemudian diteruskan lagi dengan kata-kata aluan dan taklimat oleh Timbalan Dekan Pembangunan dan Jaringan Industri FS, Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa dan Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Siti Hasana Sapar.
Para pelajar telah melawat ke Zoollery dan Taman Botani, Jabatan Biologi. Bgai Jabatan Fizik, lawatan telah dilakukan ke Makmal XRD dan Makmal Superconductor manakala Makmal TGA/DSC bagi Jabatan Kimia.
Majlis dianggarkan bersurai pada jam 12 tengahari. Buat para pelajar dan warga SMK Aminuddin Baki, Chemor, Perak, terima kasih kerana mengunjungi Fakulti Sains UPM!
Semoga bertemu kembali di lain waktu!
Tarikh Input: 13/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | adrianaarissya
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :