
Sesi Fotografi peserta Bengkel "Advancing Medical Imaging Research with Advanced Visualization & Quantitative Analysis Using FUJIFILM Synapse 3D"
Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui UPM-FAHLA Centre for Advanced Medical Physics telah berjaya menganjurkan UPM-FAHLA Synapse 3D Workshop bertajuk "Advancing Medical Imaging Research with Advanced Visualization & Quantitative Analysis Using FUJIFILM Synapse 3D" pada 23 Julai 2026 di Bilik Seminar Al-Khawarizmi, Fakulti Sains, UPM.
Program sehari ini menghimpunkan penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan profesional dalam bidang perubatan bagi meneroka teknologi terkini dalam penyelidikan pengimejan perubatan. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta mengikuti siri ceramah pakar, demonstrasi secara langsung serta latihan amali menggunakan FUJIFILM Synapse 3D bagi analisis imej CT dan MRI.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aplikasi analisis imej kuantitatif, penggunaan biomarker pengimejan, analisis berbantukan kecerdasan buatan (AI), serta pendekatan dalam menghasilkan penyelidikan pengimejan perubatan yang lebih berkualiti dan berimpak tinggi.
Jabatan Fizik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada FUJIFILM Healthcare Asia Pacific Pte. Ltd., para penceramah, fasilitator, jawatankuasa penganjur serta semua peserta yang telah menjayakan bengkel ini. Diharapkan kerjasama strategik seperti ini akan terus diperkukuh dalam usaha memacu inovasi dan kecemerlangan penyelidikan dalam bidang pengimejan perubatan.
#UPMFAHLA #MedicalImaging #Synapse3D #MedicalPhysics #PutraPhysics
Tarikh Input: 27/07/2026 | Kemaskini: 27/07/2026 | harithdaniel

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :