Pada awal tahun 2025, kami telah mengadakan program “My Future Journey @ Physics” yang berlangsung di beberapa lokasi matrikulasi dan institusi pendidikan tinggi di seluruh negara!
Program ini telah mengetengahkan sesi perkongsian mengenai kursus fizik yang ditawarkan di UPM serta laluan kerjaya yang boleh diceburi oleh pelajar jika mereka memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini.
Sesi ini memberikan maklumat berguna dan inspirasi kepada pelajar untuk memahami bagaimana fizik bukan sahaja membuka peluang akademik tetapi juga menjanjikan kerjaya yang pelbagai dalam pelbagai sektor.
Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh program yang telah dijalankan:
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat – daripada pelajar yang bersemangat, pensyarah yang berdedikasi, hingga penganjur yang bekerja keras.
Kehadiran dan sokongan anda telah menjadikan program ini satu kenangan yang bermakna. Kami berharap dapat melihat ramai daripada anda meneruskan perjalanan dalam bidang fizik bersama UPM!
Nantikan lebih banyak program menarik daripada kami.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Gambar Sekitar Program My Future Physics @ UPM
Tarikh Input: 07/03/2025 | Kemaskini: 07/03/2025 | harithdaniel

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :