Sorotan Syarahan Umum Fizik Siri 10/2024 | FAKULTI SAINS
» BERITA » Sorotan Syarahan Umum Fizik Siri 10/2024

Sorotan Syarahan Umum Fizik Siri 10/2024

Sesi fotografi program Syarahan Umum Fizik Siri 10/2024

 

Pada 30 Oktober 2024, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan bangganya telah menganjurkan Syarahan Umum Fizik Siri 10/2024, di mana kali ini ianya merupakan perkongsian sabatikal istimewa yang fokus kepada Sustainable Catalysis: Hydrogen Production and Wastewater Treatment Insights from My Sabbatical. Acara ini, yang diadakan di Bilik Kuliah 304, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM, menawarkan peluang unik kepada para hadirin untuk mendalami penyelidikan mampan terkini. Sesi ini, yang berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, menarik penyertaan kakitangan akademik, penyelidik, dan pelajar yang berminat untuk meneroka kemajuan baru dalam bidang kemampanan alam sekitar.

 

 

Sesi perkongsian sabatikal oleh Profesor Madya Dr. Suriati Paiman

 

Acara ini menampilkan Profesor Madya Dr. Suriati Paiman, yang juga merupakan pensyarah fizik di UPM, sebagai penceramah utama. Dr. Suriati berkongsi pengetahuan mendalam dan penemuan penyelidikannya sepanjang tempoh sabatikalnya, dengan tumpuan khusus pada katalisis mampan, terutamanya dalam konteks pengeluaran hidrogen dan rawatan air sisa. Beliau menerangkan kepentingan katalisis dalam pembangunan mampan, dan bagaimana kerjanya menyumbang kepada pengeluaran tenaga yang lebih bersih dan cekap serta penyelesaian pengurusan sisa yang lestari.

Sesi perkongsian sabatikal ini berfungsi sebagai platform yang amat bernilai dalam meningkatkan ilmu, memberi inspirasi kepada para peserta dalam bidang penyelidikan dan pendidikan. Nantikan sesi seterusnya dalam siri ini, di mana kita akan terus meneroka inovasi penyelidikan untuk atasi cabaran global!

Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 05/11/2024 | harithdaniel

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (08:30:48am-08:35:48am, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]