
Sesi Fotografi Syarahan Umum Jabatan Fizik Siri 5/2026
Syarahan Umum Jabatan Fizik Siri 5/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2026 bertempat di Bilik Kuliah 304, Jabatan Fizik serta disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live.
Program ini menampilkan perkongsian daripada Dr. Loh Zhi Wei, Postdoctoral Researcher, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia melalui syarahan bertajuk “Advancing Dental Glass Materials through International Research Collaboration: Insights from a Research Attachment in Türkiye”.
Syarahan ini membincangkan hasil penyelidikan yang diperoleh sepanjang penempatan penyelidikan antarabangsa di Dokuz Eylül University, Türkiye, yang memfokuskan kepada pembangunan bahan kaca berasaskan pergigian. Perkongsian turut menyentuh tentang penambahbaikan bahan restoratif pergigian, khususnya berkaitan simen ionomer kaca serta kepentingan kolaborasi penyelidikan antarabangsa dalam memperkukuhkan jaringan akademik dan memacu inovasi penyelidikan.
Jabatan Fizik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Loh Zhi Wei atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta kepada semua peserta yang hadir dan mengikuti sesi ini sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.
Semoga program seperti ini dapat terus menjadi platform perkongsian ilmu dan memperkukuhkan budaya penyelidikan serta kolaborasi antarabangsa dalam kalangan warga akademik.
Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 22/05/2026 | harithdaniel

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :