Oleh: Nursuria Ezzati binti Sulaiman

Pelabuhan Klang, 25 Mei 2025 – Kelab Mahasiswa Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Tinta Kasih 8.0: Serving The People About Beauty of Science bertempat di Rumah Anak Yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang, Selangor. Program ini merupakan inisiatif khidmat masyarakat yang bertujuan menyampaikan keindahan serta kepentingan ilmu sains kepada golongan muda, khususnya anak-anak yatim dan komuniti setempat.
Seramai 32 orang ahli jawatankuasa bersama 55 orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk 13 orang anak yatim dan beberapa anak komuniti sekitar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya eksperimen sains secara hands-on yang menyeronokkan serta aktiviti explorace yang berteraskan sains dan kerjasama berpasukan. Para AJK turut menjalankan gotong-royong memasak bagi menyediakan hidangan tengah hari untuk semua yang hadir, memupuk nilai kebersamaan dan semangat sukarela.
Program ini turut menerima tajaan daripada Adabi, Yayasan DIY dan Klinik Dr. Alyna yang menyumbang dari segi barangan dan perkhidmatan kesihatan asas. Kerjasama daripada pihak penaja sangat dihargai dan telah menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan keseluruhan program. Menurut pengarah program, usaha ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan mahasiswa terhadap masyarakat, malah membuktikan bahawa sains boleh dihayati dengan cara yang mudah, interaktif dan penuh kasih.
Tarikh Input: 14/07/2025 | Kemaskini: 14/07/2025 | adib.yusof

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :