Sesi Fotografi Program UPM-FAHLA Asia Pacific Medical Physics Level 1 dan Level 2
Serdang, 27-28 Mac 2026 - Program UPM-FAHLA Asia Pacific Medical Physics Level 1 dan Level 2 telah berjaya dilaksanakan pada 27 hingga 28 Mac 2026 bertempat di Universiti Putra Malaysia. Program dua hari ini menghimpunkan pakar, pensyarah, pegawai perubatan, dan pengamal fizik perubatan dari pelbagai institusi bagi berkongsi ilmu serta perkembangan terkini dalam bidang fizik perubatan dan pengimejan perubatan.
Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik penting seperti sistem radiografi digital, dosimetri radiografi am, pengimejan perubatan lanjutan, keselamatan radiasi, pengoptimuman kualiti imej, serta aplikasi dosimetri lanjutan. Selain itu, program Level 2 turut memberi fokus kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengesanan tuberkulosis, saringan kes aktif, radiografi dalam penjagaan kesihatan primer, serta pelaksanaan saringan di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Program ini turut diserikan dengan sambutan 3 Tahun Kerjasama UPM dan Fujifilm, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama strategik yang telah terjalin dalam pembangunan bidang fizik perubatan dan pengimejan perubatan di rantau Asia Pasifik.
Majlis penutup diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang fizik perubatan.
Sorotan Gambar Sepanjang Program UPM-FAHLA Asia Pacific Medical Physics Level 1 dan Level 2
Tarikh Input: 01/04/2026 | Kemaskini: 01/04/2026 | harithdaniel

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :