UPM Perkasa Pendidikan STEM Di SMK Langkawi Pulau Tuba | FAKULTI SAINS
» BERITA » UPM Perkasa Pendidikan STEM di SMK Langkawi Pulau Tuba

UPM Perkasa Pendidikan STEM di SMK Langkawi Pulau Tuba

PULAU TUBA, 11 Disember 2025 – Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan komitmen dalam memperkukuh pendidikan luar bandar melalui pelaksanaan Projek STEM di SMK Langkawi Pulau Tuba. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Projek Komuniti Madani@Pulau Tuba yang dijalankan secara berfasa bagi memperkasa pelajar serta komuniti setempat melalui pendidikan sains dan teknologi.

Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 terlibat dalam program ini yang memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran STEM berteraskan aktiviti amali hands-on serta kefahaman teori yang kukuh. Pendekatan ini membantu pelajar memahami konsep asas sains dan matematik dengan lebih mendalam, sehingga meningkatkan minat dan penglibatan aktif mereka dalam pembelajaran.

Selain aktiviti berasaskan STEM, pelajar turut menerima bimbingan melalui sesi mentor-mentee bersama bakal guru Fakulti Sains. Pendekatan ini memberi pendedahan awal kepada budaya dan suasana pembelajaran di universiti, seterusnya memupuk aspirasi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains apabila memasuki Tingkatan 4 dan seterusnya.

Pihak sekolah menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program ini yang disifatkan sebagai pemangkin kepada pengukuhan literasi STEM dalam kalangan pelajar Pulau Tuba. Dengan kerjasama berterusan antara UPM dan komuniti setempat, program ini dijangka memberi impak jangka panjang dalam melahirkan generasi muda yang celik sains, berkeyakinan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Tarikh Input: 15/12/2025 | Kemaskini: 15/12/2025 | shafiqhariz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (03:44:11pm-03:49:11pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]