
BACELOR SAINS MATEMATIK DENGAN KEPUJIAN
MATLAMAT PROGRAM:
Matlamat program (Program Educational Objectives (PEO) Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian ini adalah untuk melahirkan:
- ahli matematik yang berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan boleh mengaplikasil dan berdaya saing bagi menerajui bidang berasaskan matematik
- penyelidik yang berpengetahuan dan berkemahiran penyelidikan bagi tujuan inovasi dan pengajian lanjutan
- graduan yang mampu menjadi pegawai yang beretika dan berintegriti dalam sesebuah institusi dan industri atau sebagai pengusaha yang kreatif.
TOTAL OF CREDIT : 126 Credit hours
TEMPOH PENGAJIAN: 4 years (8 Semester)
SYARAT KHAS PROGRAM :
LEPASAN STPM
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics (T)/Further Mathematics dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam dua (2) daripada mata pelajaran Physics; Biology dan Chemistry.
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Mathematics dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam dua (2) daripada mata pelajaran Physics; Biology dan Chemistry.
LEPASAN DIPLOMA
- Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.
- Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Sains.
PELUANG KERJAYA :
Graduan mempunyai peluang yang luas untuk memilih kerjaya dalam apa juga bidang, sama ada pekerjaan dalam sektor awam atau swasta yang terlibat secara langsung dan tak langsung dengan matematik. Peluang kerjaya juga meliputi:
- Pegawai perbankan
- Pegawai penyelidik
- Pegawai sains
- Kakitangan akademik
- Pegawai tadbir dan diplomatik
- Pegawai pemasaran dan teknikal,
- Pegawai jualan dan pemasaran.
Updated:: 09/06/2017 [nor_lida]
MEDIA SHARING