Program ini terdiri daripada dua semester dan merupakan gabungan kerja kursus (36 kredit) dan penyelidikan (6 kredit). Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan ahli kimia profesional dengan pengetahuan mendalam dan kemahiran dalam analisis kimia. Mereka juga harus berfikir secara kreatif dan inovatif dan cekap dalam pengurusan maklumat dengan kemahiran teknikal dan analisis yang baik. Program ini direka untuk menghasilkan ahli kimia berpengetahuan dan berorientasi penyelidikan yang mahir dalam inovasi dan pembelajaran lanjutan. Mereka akan dapat melibatkan diri dalam pelbagai kerjaya yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam analisis kimia dalam sektor awam dan swasta.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran, terdiri daripada pendekatan pembelajaran konvensional dan campuran, adalah sejajar dengan objektif modul program. Ianya termasuk kuliah, tutorial, sesi makmal, bengkel, kajian kes, ulasan kritikal dan seminar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu berkerja untuk kemudahan para pelajar yang mempunyai komitmen peribadi atau berkerja.
Penilaian
Kemajuan pelajar dinilai berdasarkan penilaian berterusan melalui kerja projek, ulasan kritis, laporan praktikal, tugasan dan persembahan lisan. Disertasi penyelidikan akan dinilai pada akhir Semester II.
Syarat kemasukan
ATAU
ATAU
Struktur Program
Pelajar mesti mengambil 30 jam kredit kursus teras dan sekurang-kurangnya 12 jam kredit kursus elektif. Program ini dijalankan untuk sekurang-kurangnya DUA (2) semester dan maksimum ENAM (6) semester.
Kursus Teras (30 jam kredit)
No. |
Nama Kursus |
1 |
Statistik dan Kemometrik untuk Kimia Analisis |
2 |
Keselamatan Makmal |
3 |
Kimia Analisis I |
4 |
Kimia Analisis II |
5 |
Spektroskopi Molekul |
6 |
Spektroskopi Atom |
7 |
Teknik Pemisahan |
8 |
Kaedah Penyelidikan dalam Kimia |
9 |
Disertasi Master |
Kursus Elektif (pilih 12 jam kredit)
No. |
Nama Kursus |
1 |
Kimia Elektroanalisis |
2 |
Pencirian Keadaan Pepejal |
3 |
Teknologi Sensor |
4 |
Teknologi Makanan Lipid |
5 |
Kimia dan Teknologi Kanji |
6 |
Kualiti Produk Makanan |
7 |
Teknologi Pencemaran dan Rawatan Alam Sekitar |
8 |
Teknik Penilaian Impak Alam Sekitar |
Skema Pengajian
Semester I |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Jam Kredit |
CHM5001 |
Statistik dan Kemometrik untuk Kimia Analisis |
3(3+0) |
CHM5002 |
Keselamatan Makmal |
3(3+0) |
CHM5003 |
Kimia Analisis I |
3(0+3) |
CHM5406 |
Spektroskopi Atom |
3(3+0) |
CHM5901 |
Kaedah Penyelidikan dalam Kimia |
3(3+0) |
CHM5998A |
Disertasi Master |
3(0+3) |
CHM/FST/ ESC |
Elektif 1 |
3(3+0) |
Semester II |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Jam Kredit |
CHM5004 |
Kimia Analisis II |
3(0+3) |
CHM5202 |
Spektroskopi Molekul |
3(3+0) |
CHM5407 |
Teknik Pemisahan |
3(3+0) |
CHM5998B |
Disertasi Master |
3(0+3) |
CHM/FST/ ESC |
Elektif 2 |
3(3+0) |
CHM/FST/ ESC |
Elektif 3 |
3(3+0) |
CHM/FST/ ESC |
Elektif 4 |
3(3+0) |
Keperluan Bahasa Inggeris untuk Pelajar Antarabangsa
Yuran Pengajian
Pelajar Tempatan (RM-Ringgit Malaysia) |
|
Semester I |
RM 9,186 |
Semester II |
RM 8,930 |
Jumlah |
RM 18,116 |
Pelajar Antarabangsa (RM-Ringgit Malaysia) |
|
Semester I |
RM 12,286 |
Semester II |
RM 12,030 |
Jumlah |
RM 24,316 |
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:
Kemaskini:: 09/05/2022 []
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :