Penyelidikan dalam bidang statistik merangkumi diagnostik dan inferens, analisis multivariate, siri masa dan analisis ruang. Inferens dan diagnostik menjelajahi ciri suatu set data dalam penggunaan regresi yang tertentu. Manakala, tumpuan utama penyelidikan dalam analisis multivariat adalah pengunaan dalam penyelidikan teknik multivariat seperti menapis data, analisis pembezalayan, komponen prinsipal, analisis faktor, analisis faktor ternyata , analisis fungsian pembezalayan, analisis lintasan, pemodelan struktur dan lain-lain. Pemodelan siri masa adalah berguna untuk meramal pelbagai fenomena, manakala pemodelan ruang merujuk kepada pemodelan fenomena rawak ke atas satah terhingga dua dimensi. Ini diikuti oleh penyelidikan ruang yang tertumpu kepada Model FISSAR dan model ARMA ruang tak terpisah.
Kemaskini:: [n_farrid] Kemaskini:: 28/02/2014 [juitamdtahir]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :