Universiti dan Fakulti menyediakan pelbagai hadiah untuk mahasiswa yang cemerlang dalam akademik mereka. Pengiktirafan ini akan mendorong semua mahasiswa di Fakulti bekerja keras dan bersaing di antara satu sama lain untuk meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang secara tidak langsung menaikkan imej Fakulti dan juga Universiti. Senarai hadiah Universiti, Fakulti dan Jabatan masing-masing adalah seperti berikut:
Hadiah Peringkat Universiti
|
Nama Hadiah
|
Syarat Pengurniaan
|
|
Pingat Emas Canselor |
Graduan (peringkat Bacelor) yang terbaik pada keseluruhannya, PNGK sekurang-kurang 3.500, tidak pernah dikenakan tindakan tata tertib.
|
|
Anugerah Pelajaran DiRaja |
Graduan (peringkat Bacelor) Bumiputera dan bukan Bumiputera terbaik, mendapat kelas pertama, tidak pernah gagal atau mengulang kursus. |
|
Pingat Emas Alumni |
Graduan (peringkat Bacelor) yang terbaik dari segi akademik. |
|
Pingat Emas Yayasan Pak Rashid |
Graduan Bacelor terbaik dari segi akademik dan kokurikulum, PNGK sekurang-kurang 3.500, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, tiada gred F, tidak mengulang kursus dan tiada semester tambahan. |
|
Hadiah Syed Kechik |
Pelajar Bumiputera terbaik dari segi akademik pada peringkat Bongsu (dengan syarat telah mengambil sekurang-kurang 30 kredit). |
HADIAH PERINGKAT JABATAN
|
Bil |
Nama |
Bentuk |
Syarat |
|
1. |
Hadiah Pingat Emas Profesor Fakulti Sains |
Sijil dan wang tunai bernilai RM1000.00 |
|
|
2. |
Hadiah Koperasi UPM
|
Sijil dan wang |
|
|
3. |
Hadiah Projek
|
Sijil dan wang |
|
|
4. |
Hadiah Kokurikulum
|
Sijil dan wang |
|
|
5. |
Hadiah Kepimpinan
|
Sijil dan wang |
|
|
6. |
Hadiah MASS
|
Sijil dan wang |
|
|
7. |
Hadiah Graduan
|
Sijil dan wang tunai RM1,000.00 |
|
|
8. |
Hadiah |
Sijil dan wang |
|
|
9. |
Hadiah Peringatan Profesor Badri
|
Sijil dan wang tunai bernilai RM500.00 |
|
|
10. |
Hadiah Alumni Fakulti Sains
|
Wang tunai RM1000.00 serta sijil
|
|
ANUGERAH NAIB CANSELOR
Anugerah ini adalah anugerah yang paling berprestij di kalangan mahasiswa. Kriteria anugerah ini adalah berdasarkan ketokohan, kewibawaan, prestasi unggul dan kesungguhan yang tinggi dalam menjalankan aktiviti kepimpinan, kemasyarakatan serta menggalakkan penghayatan budaya ilmu ke arah mencerna pemupukan minda positif. Pelajar sepenuh masa yang mendapat purata nilaian gred 4.000 bagi sesuatu semester akan disenaraikan dalam Senarai Kepujian Naib Canselor dan diberikan sijil penghargaan oleh Universiti.
ANUGERAH KEPUJIAN DEKAN
Pelajar sepenuh masa yang mendapat purata nilaian gred 3.750 hingga 3.999 bagi sesuatu semester akan disenaraikan dalam Senarai Kepujian Dekan dan diberikan sijil penghargaan oleh Fakulti.
Kemaskini:: 29/09/2025 [adib.yusof]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :