BACELOR SAINS FIZIK DENGAN KEPUJIAN | FAKULTI SAINS science
» BACELOR SAINS FIZIK DENGAN KEPUJIAN

BACELOR SAINS FIZIK DENGAN KEPUJIAN

 

 

 

MATLAMAT PROGRAM:

Matlamat program (Program Objectives, PEO) Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian ini adalah untuk melahirkan:

  1. profesional fizik yang berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan praktikal serta serba boleh dan berdaya saing bagi menerajui industri fizik negara mahupun di peringkat global
  2. penyelidik yang berpengetahuan dan berkemahiran penyelidikan bagi tujuan inovasi dan pengajian lanjutan
  3. graduan yang berpotensi untuk menjadi pegawai/pengusaha yang kreatif, beretika dan berintegriti dalam  institusi/industri yang diceburi.

NILAI KREDIT: 124 kredit

TEMPOH PENGAJIAN: 4 tahun (8 semester)

SYARAT KHAS PROGRAM :

LEPASAN STPM 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Physics; 
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics (T)/Further Mathematics dan Biology/Chemistry. 

LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Physics/Engineering Physics;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam dua (2) daripada mata pelajaran Mathematics; dan Biology/Chemistry/Engineering Chemistry.

LEPASAN DIPLOMA

  • Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;
  • Memiliki Diploma/Sijil Perguruan Kementerian Pendidikan/Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Sains.

PELUANG KERJAYA :

Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas samaada dalam sektor awam dan swasta.  Graduan boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi samada di universiti dalam negara atau luar negara. Di antara peluang pekerjaan meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan, pemantauan dan kawalan, pengeluaran dan pemprosesan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan teknikal, keusahawanan dan pengurusan.Secara amnya, peluang kerjaya graduan dapat disenaraikan seperti dibawah:

  1. Pengajian di peringkat siswazah
  2. Pegawai Sains
  3. Pegawai Pemasaran
  4. Pengawai Penyelidik
  5. Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  6. Sains Forensik
  7. Juruteknologi
  8. Juruteknik
  9. Kakitangan Akademik
  10. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Kemaskini:: 09/06/2017 [nor_lida]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
W, (11:32:37pm-11:37:37pm, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]