⸠Syarat Kemasukan
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM BACELOR SAINS KIMIA DENGAN KEPUJIAN
LEPASAN STPM
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Kimia;
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Matematik (T)/Matematik Lanjutan dan Biologi/Fizik.
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Kimia/Kimia Kejuruteraan;
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Matematik; dan Biologi/Fizik/Fizik Kejuruteraan.
LEPASAN DIPLOMA
Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;
Memiliki Diploma atau Sijil Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
Mendapat sekurang-kurangnya gred lulus dengan kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran sains.
Kemaskini:: 12/10/2020 [mohd_farid]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :