Client's Charter | FACULTY OF SCIENCE
» ABOUT US » Corporate Info » Client's Charter

Client's Charter

PRASISWAZAH

  1. Memaparkan maklumat pendaftaran dan jadual waktu kuliah dalam laman web Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik (http://www.akademik.upm.edu.my) / SMP – Menu Portal Pelajar MyJadual pada minggu ke-11 semester sebelumnya.
  2. Memaparkan maklumat jadual waktu peperiksaan dalam laman web Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik / SMP – Menu Portal Pelajar MyJadual pada minggu ke-11 semester semasa.
  3. Mengeluarkan keputusan peperiksaan akhir semester dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) selewat-lewatnya satu (1) hari selepas disahkan oleh Senat UPM.
  4. Memaparkan Notis Majlis dan Sesi Konvokesyen dalam laman web dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh Konvokesyen.
  5. Memaklumkan keputusan pengecualian kursus kepada pelajar selewat-lewatnya pada hari terakhir minggu ke-4 semester selepas penerimaan permohonan lengkap daripada fakulti (untuk kursus antara universiti) dan daripada pelajar (untuk kursus dalaman antara fakulti).
  6. Mengeluarkan surat kelulusan pertukaran program selewat-lewatnya pada hari terakhir minggu pertama semester pengajian.
  7. Mengumumkan keputusan semakan gagal dan berhenti (GB) selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu kedua bulan September bagi semester kedua dan selewatlewatnya pada hari Jumaat minggu kedua bulan Mac bagi semester pertama (Program Bacelor Sepenuh Masa).
  8. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan pelajar antarabangsa dalam tempoh enam (6) minggu selepas permohonan lengkap diterima bagi program tanpa temuduga.

 

PASCASISWAZAH

  1. Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima oleh Sekolah Pengajian Siswazah.
  2. Memaklumkan keputusan permohonan pelantikan ahli Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memaklumkan keputusan permohonan penangguhan pengajian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan disahkan oleh PTJ.
  4. Memaklumkan keputusan permohonan pelanjutan tempoh pengajian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan disahkan oleh PTJ.
  5. Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran program / bidang pengajian dalam tempoh dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima.
  6. Memaklumkan keputusan permohonan naik taraf pengajian ke program PhD selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima.
  7. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah (GRF/GRA) selewatlewatnya dua (2) bulan selepas tarikh tutup permohonan.
  8. Memaklumkan keputusan peperiksaan semester kepada pelajar dalam tempoh enam (6) minggu selepas hari terakhir minggu peperiksaan.
  9. Memastikan pelajar menduduki viva voce dalam tempoh tiga (3) bulan selepas penyerahan tesis kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk peperiksaan.
  10. Memaklumkan keputusan permohonan semakan pemberhentian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan Senat.
  11. Memaklumkan keputusan pengurniaan ijazah kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pengesahan Senat.

 

 

PENYELIDIKAN DAN INOVASI

  1. Mengeluarkan surat kelulusan permohonan geran dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat penaja.
  2. Mengeluarkan surat tawaran Geran dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan permohonan diterima.
  3. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menghadiri seminar / persidangan / bengkel / lawatan luar negara (SKBL) dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa SKBL.
  4. Mengeluarkan Surat Keputusan Permohonan Perlindungan Harta Intelek dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh pengesahan minit mesyuarat penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek (JPHI).
  5. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menyertai pameran pertandingan penyelidikan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.
  6. Memaklumkan keputusan permohonan kelulusan ethical clearance dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada jawatankuasa yang terlibat.

Sila klik DI SINI untuk Laporan Piagam Pelanggan

Updated:: 11/10/2017 [nashrin]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466601
0389432508
C1511347661