MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UPM-FUJIFILM HEALTHCARE ASIA PACIFIC PTE.LTD. DAN MAJLIS PERASMIAN MYNEWS@FAKULTI SAINS | FAKULTI SAINS
» BERITA » MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UPM-FUJIFILM HEALTHCARE ASIA PACIFIC PTE.LTD. DAN MAJLIS PERASMIAN MYNEWS@FAKULTI SAINS

MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UPM-FUJIFILM HEALTHCARE ASIA PACIFIC PTE.LTD. DAN MAJLIS PERASMIAN MYNEWS@FAKULTI SAINS

Disediakan oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah 

Serdang, 21 Disember 2023 – Kerjasama jaringan industri dengan syarikat antarabangsa iaitu FUJIFILM dan myNEWS merupakan satu inisiatif sebagai jalinan pengajaran, penyelidikan dan penjanaan pendapatan.

Majlis ini dijalankan dengan penuh gilang gemilang dengan kehadiran oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM serta Prof. Dr. Ismi Arif Ismail Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM dan tetamu kehormat yang lain daripada FUJIFILM dan myNEWS.

Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang menyaksikan pertukaran MoU antara UPM dan FUJIFILM, pengwujudan Pusat Kolaborasi Fizik Perubatan Termaju UPM-FUJIFILM Asia Pacific Healthcare Learning Academy serta perasmian myNEWS@Fakulti Sains.

Kerjasama FUJIFILM Healthcare Asia Pacific Pte. Ltd. bermula sekitar tahun 2019 dan sehingga kini kerjasama ini bertaut melalui pelbagai aktiviti. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat pembuatan dan penyedia perkhidmatan modaliti pengimejan perubatan. Sebagai syarikat inovasi bertaraf antarabangsa, syarikat ini turut menyediakan platform akademi melalui ceramah dan khidmat nasihat.

Objektif utama UPM dan FUJIFILM adalah untuk kerjasama melibatkan pemindahan kepakaran dan teknologi bagi mengembangkan teknologi pengimejan perubatan. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Konsultasi/Speaker/Inovasi dan penambahbaikan produk serta mewujudkan program dan kurikulum yang sesuai dengan keperluan industri dan membangunkan kursus Sarjana Instrumentasi Perubatan bagi memenuhi keperluan industri.

Manakala myNEWS Holdings Berhad pula merupakan sebuah syarikat terkemuka yang dikenali dengan kepelbagaian keperluan asas harian. Kerjasama ini merupakan sebagai salah satu inisiatif penjanaan pendapatan Fakulti dan secara keseluruhan penyewaan ini akan dijalankan untuk tempoh 9 tahun serta myNEWS juga akan mengambil pekerja sambilan dalam kalangan pelajar yang memerlukan di Fakulti Sains.

Diharapkan kerjasama antara syarikat-syarikat besar di peringkat global bersama Fakulti Sains dapat membantu dalam pengurusan pengajaran, penyelidikan serta visibiliti yang lebih baik untuk UPM.

  

Tarikh Input: 28/12/2023 | Kemaskini: 28/12/2023 | nashrin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFFWAY~