Majlis Tautan Kembali Dan Pertemuan Mesra Alumni Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi) UPM 1985/86 Bersama Pensyarah | FAKULTI SAINS
» BERITA » Majlis Tautan Kembali dan Pertemuan Mesra Alumni Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi) UPM 1985/86 bersama Pensyarah

Majlis Tautan Kembali dan Pertemuan Mesra Alumni Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi) UPM 1985/86 bersama Pensyarah

Disediakan oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah

 

SERDANG, 20 September 2023 - Alumni memainkan peranan yang penting dalam memastikan jalinan dan ukhuwah terus terjalin. Dengan mewujudkan satu medan pertemuan, pastinya menggamit semula memori apabila berkunjung semula Alma Mater.

Majlis tautan kembali dan pertemuan mesra alumni Bacelor Sains (Kepujian) (Biologi) Fakulti Sains tahun 1985/1986 bersama pensyarah telah berlangsung dengan meriahnya pada 20 September 2023 di Bilik Saintis Gemilang (BSG), Fakulti Sains UPM. Objektif utama perjumpaan adalah untuk alumni saling memperkenalkan diri/keluarga dan kerjaya selepas tamat bergraduasi. Tambahan, majlis sebegini merupakan julung kalinya diadakan di Fakulti dan ianya sebagai salah satu titik tolak kepada kerjasama antara alumni dan Fakulti untuk masa akan datang.

Bertepatan dengan Pelan Tindakan Fakulti Sains 2020-2030 iaitu Warga Fakulti Sains menjadi agen peneraju dan penyebar ilmu, diharapkan pengalaman yang dikongsi oleh alumni dengan Fakulti sama ada dalam soal pengalaman ketika belajar, pembentukan sahsiah diri dan watak mahupun bidang kerjaya dapat diterima dengan lebih baik sebagai panduan dan dijadikan inspirasi. Dengan cara tersebut juga alumni dapat membantu memperkukuhkan lagi keyakinan, menyalurkan semangat dan menyemai budaya seperti mana hasrat yang universiti ingin sampaikan kepada generasi pelajarnya.

 

Diharapkan perjumpaan seperti ini dapat diteruskan dengan mengambil kira peranan, sumbangan kepakaran dan pengaruh alumni dalam membentuk sesebuah Fakulti. Dengan mewujudkan saluran yang mempermudahkan hubungan yang erat di antara alumni dengan Fakulti, ia dapat memberi faedah yang amat bermakna dalam memperkayakan pengalaman warga Fakulti semasa berada di universiti tersebut. Setiap alumni melalui pengalaman daripada pelajar kepada graduan yang unik dan berbeza. Justeru itu terdapat potensi untuk setiap alumni menyumbang kepada universiti dalam cara dan skala yang pelbagai.

Tarikh Input: 21/09/2023 | Kemaskini: 25/09/2023 | adib.yusof

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFFTAc~