Penyertaan Fakulti Sains Dalam “Star Education Fair 2023” Pada 26 Dan 27 Ogos 2023 Di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur. | FAKULTI SAINS
» BERITA » Penyertaan Fakulti Sains dalam “Star Education Fair 2023” pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Penyertaan Fakulti Sains dalam “Star Education Fair 2023” pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Bukit Jalil, Kuala Lumpur - Fakulti Sains (FS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah terlibat dalam aktiviti promosi di "Star Education Fair 2023“ yang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2023 di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, Kuala Lumpur.

Pameran yang diterajui oleh Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) telah mendapat sokongan padu daripada Penyelaras Program MSKK dan kesemua Jabatan. Penyertaan ini bertujuan mempromosikan secara khusus program Master Secara Kerja Kursus (MSKK) FS kepada orang luar daripada UPM.

Reruai pameran FS telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dengan kehadiran mereka yang berminat dengan program MSKK, program pasca- yang lain dan juga pra-siswazah. Inisiatif sebegini adalah bagi mendedahkan program FS termasuk MSKK kepada orang ramai sebagai pemangkin dalam meningkatkan bilangan pelajar.

Tarikh Input: 19/09/2023 | Kemaskini: 19/09/2023 | adrianaarissya

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFFRAu~