Program Riadah Matematik Sempena Minggu Sains Dan Matematik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Selangor | FAKULTI SAINS
» BERITA » Program Riadah Matematik Sempena Minggu Sains dan Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Selangor

Program Riadah Matematik Sempena Minggu Sains dan Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Selangor

Ampang, 6 Oktober - Jabatan Matematik dan Statistik telah menganjurkan Program Riadah Matematik pada 4 Oktober 2023 (Rabu) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, Selangor.
 
Program yang diadakan bersempena Minggu Sains dan Matematik ini bertujuan untuk membantu murid dalam memahami dan menangani permasalahan subjek Matematik serta memupuk minat mereka terhadap bidang Matematik dan aplikasi Matematik kepada realiti kehidupan sebenar. Program Riadah Matematik ini adalah kesinambungan daripada program Let’s Algebraize 1.0 dan Program Let’s Algebraize 2.0.
 
Seramai 162 orang murid sekolah tingkatan 3 telah mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dijalankan iaitu Bisik-bisik Manja, Reaksi Matematik dan Dance Dance Matematik.
 

Diharapkan agar program ini dapat membuka minda murid untuk menyukai mata pelajaran matematik dan seterusnya menguasai teknik terbaik dalam aplikasi matematik dan statistik. 

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 26/10/2023 | norlida_mn

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFFXAz~