Seminar Sains Matematik Dan Statistik (SSMS2024) Tarik Pelajar Universiti Indonesia | FAKULTI SAINS
» BERITA » Seminar Sains Matematik dan Statistik (SSMS2024) Tarik Pelajar Universiti Indonesia

Seminar Sains Matematik dan Statistik (SSMS2024) Tarik Pelajar Universiti Indonesia

Serdang, 14 Mac - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Universitas Hasanuddin (UNHAS), Indonesia dan Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia telah menganjurkan Seminar Sains Matematik dan Statistik (SSMS2024) kali ke-2 pada 20 Februari 2024. Seminar yang telah dianjurkan secara dalam talian dan bersemuka ini menggunakan tema "Expanding Knowledge of Mathematics and Statistics through Diverse Applications”.

Seminar ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa tahun akhir di Jabatan Matematik dan Statistik untuk membentangkan hasil penyelidikan projek tahun akhir mereka. Program ini dilihat dapat memupuk minat mahasiswa dalam memperkasakan kegiatan penyelidikan di dalam bidang matematik dan statistik.

 
Seramai 54 orang pembentang yang terdiri daripada kalangan mahasiswa UPM, UNHAS serta UNPAD telah membentangkan hasil kajian mereka. Ia juga turut disertai oleh seramai 52 orang peserta daripada kalangan mahasiswa dan staf UPM, UNHAS serta UNPAD.

Tarikh Input: 18/03/2024 | Kemaskini: 25/03/2024 | amir_hamzah

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEbRAP~