Sesi Perkongsian: Penyelidikan Sabatikal Di Eropah Dan Asia | FAKULTI SAINS
» BERITA » Sesi Perkongsian: Penyelidikan Sabatikal di Eropah dan Asia

Sesi Perkongsian: Penyelidikan Sabatikal di Eropah dan Asia

Serdang, 2 April 2024 - Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Sesi Perkongsian: Penyelidikan Sabatikal di Eropah dan Asia untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang diperoleh semasa dua penyelidik Jabatan, Prof. Dr. Irmawati Ramli dan Prof. Madya Dr. Siti Munirah Mohd Faudzi, menjalani cuti sabatikal masing-masing di Cardiff University, United Kingdom, dan Chungnam National University, Korea Selatan.

Sesi perkongsian ini mengetengahkan penyelidikan yang dijalankan bersama penyelidik antarabangsa di universiti-universiti yang dipilih. Prof. Dr. Irmawati khususnya terlibat dalam penyelidikan sintesis gliserol dan derivative menggunakan pemangkin untuk menghasilkan bahan kimia yang mampan semasa cuti sabatikalnya pada 2017. Sementara itu, Dr. Siti Munirah terlibat dalam penyelidikan penemuan dan perkembangan ubatan menggunakan 'zebrafish' di Korea Selatan. Hasil daripada cuti sabatikal ini, kedua-dua penyelidik UPM ini telah berjaya menerbitkan penyelidikan mereka di beberapa jurnal bertaraf antarabangsa.

Untuk makluman, sesi perkongsian adalah wajib diadakan selepas tamat cuti sabatikal bagi pegawai UPM, mengikut keperluan Pendaftar. Program ini dihadiri oleh penyelidik-penyelidik, staf, serta pelajar pra- dan pasca-siswazah dari Jabatan Kimia, UPM secara umumnya. Sesi perkongsian ini telah berlangsung dari 10 pagi hingga 11.30 pagi, dan telah menerima maklum balas yang positif daripada para peserta.

 

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Siti Munirah Mohd Faudzi

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | hidayahsaleh

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFFAAa~