Sains Bahan | FAKULTI SAINS

Sains Bahan



Bahan Maju | Bio Polimer | Bahan Magnet | Kimia Bahan | Fizik Bahan | Kimia Polimer | Sensor | Superkonduktor 

Sains bahan adalan bidang yang multidisiplin dan berkait rapat dengan fizik, kimia, biologi dan bidang kejuruteraan. Ia melibatkan hubungkait struktur dan sifat bahan. Sifat bahan berkait dengan rekabentuk, ekstraksi, sintesis, pemproses, dan pembangunan bahan baharu dalam kegunaan teknologi. Kelas bahan yang penting adalah semua bahan semulajadi dan bahan buatan. Khususnya bahan-bahan seperti bahan maju, bio polimer, bahan magnet, superkonduktor, seramik,kaca, logam, bahan bio, bahan tak organik, semikonduktor dan bahan nano. Pemahamam asas bahan dari saiz nano, mikro dan makro membawa kepada penggunaan bahan tersebut dalam teknologi baharu dalam bidang tenaga, alam sekitar, kesihatan, ekonomi, dan pembuatan.

Kajian dielektrik pula tertumpu kepada dielektrik kompleks bagi bahan titanate, kalsium, kupram titanate (CCTO), mullite dan beberapa bahan magnet seperti nickel zinc ferrite dan yttrium iron garnet. Kajian evolusi mikrostruktur dan sifat dielektrik bagi julat frekuensi (40 Hz – 1 MHz dalam frekuensi rendah dan 1 Mhz – 1.8 GHz dalam julat microwave), suhu, suhu lindapan, ketumpatan, porositi, saiz grain, pembawa cas, kekonduksian dan polarisasi. Respon dielektrik lazimnya dari pengkutuban interfacial dan polarisasi dwikutub. Analisis komplek permitiviti, impedans, modulus, tan delta dan pemodelan dilakukan untuk mengkaji bahan kapasitor terbaik bagi tujuan penggunaan tertentu seperti kapasito pelbagai lapisan dan sensor kapasitor.

Kemaskini:: 28/02/2014 [juitamdtahir]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
WXFSQAN~