Pandemik COVID-19 menarik perilaku rakyat daripada sifat kebiasaan kepada normal baharu yang mungkin agak sukar pada awalnya, tetepi telah menjadi amalan biasa kini.
Begitu juga dengan amalan perjumpaan yang selama ini dijalankan secara fizikal telah berubah kepada penyesuaian dan mengadaptasi normal baharu (secara maya) bagi mencegah penularan dan jangkitan Covid-19 serta penyakit lain bagi menjadikan kita lebih sihat dan tidak terdedah kepada penyakit berjangkit.
Seiring dengan amalan normal baharu ini, satu perjumpaan buat julung kalinya diadakan secara maya antara Dekan Fakulti Sains, UPM Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman dengan staf pelaksana dan staf pengurusan (bukan akademik) yang telah diadakan pada 3 Mac 2021 menggunakan platform Google Meet.
Seramai 80 orang staf telah bersama-sama secara maya menghadiri perjumpaan ini bagi mendengar amanat Dekan mengenai halatuju Fakulti tahun 2021, cabaran budaya kerja normal baharu serta berkongsi maklumat, matlamat dan pencapaian Fakulti Sains. Di samping itu staf pelaksana juga dapat berintraksi dan mengajukan pertanyaan kepada Dekan mengenai permasalahan makmal, kekurangan staf pelaksana makmal dan sebagainya.
Turut sama dalam perjumpaaan secara maya ini adalah Timbalan-Timbalan Dekan dan semua Ketua-Ketua Jabatan
Tarikh Input: 18/03/2021 | Kemaskini: 18/03/2021 | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :