Oleh:
KAJANG, 17 Jun- Program Badan Saya Kekal Sihat yang merupakan program
kerjasama anatara UKM, UPM dan SMK Kajang Utama telah diadakan di SMK Kajang
Utama. Pengarah Program adalah Dr Noor Hazfalinda Hamzah, seorang pensyarah
perubatan daripada Program Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan tentang diet dan senaman kepada pelajar serta ibu pelajar SMK Kajang Utama, yang mempunyai masalah berat badan. Peserta program adalah terdiri daripada 80 orang pelajar SMK Kajang Utama, daripada Tingkatan 1 hingga 5, yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI > 25) serta ibu pelajar.
Program ini dibantu oleh 49 orang pelajar tahun 1, 2 dan 3 daripada Program Dietetik dan Sains Pemakanan, FSK serta diselia oleh 2 orang pensyarah UKM, seorang pensyarah UPM, 4 orang pakar diet FSK UKM dan 20 orang guru SMK Kajang Utama. Dr. Mohd Rashidi Abdull Manap daripada Jabatan Kimia Fakulti Sains UPM telah dijemput untuk mewakili pengarah program bagi merasmikan program ini di SMK Kajang Utama.
Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar bersama ibu masing-masing, diikuti
acara senaman ZUMBA yang diketuai oleh pelajar Tahun 3 Bidang Dietetik,
Muhammad Aiman Hakim Yahya yang berlangsung selama 45 minit.
Aktiviti seterusnya adalah ceramah Gaya Hidup Sihat, Lawan Obesiti yang disampaikan oleh Cik Tan Shy Pyng, pakar dietetik FSK UKM untuk ibu pelajar yang menyertai program ini. Pada masa yang sama, pelajar SMK Kajang Utama telah dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama telah mengecat tandas dan kumpulan kedua telah membuat landskap sekolah. Aktiviti fizikal ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkebun dan mengecat kepada pelajar selain mengeluarkan peluh bagi amalan hidup yang sihat.
Program ini telah berjaya dilakukan kepada semua pelajar yang mempunyai masalah berat badan bersama ibu mereka. Para peserta sangat berpuas hati dan berharap agar aktiviti seumpama ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.
Tarikh Input: 26/07/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | adrianaarissya
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :