SCi-TIZEN Postgraduate Association (SCiPA) merupakan sebuah persatuan bawah naungan Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. SCiPA ialah sebuah persatuan yang proaktif dalam menyatukan siswazah Fakulti Sains secara menyeluruh bagi memajukan sains dan teknologi melalui penyelidikan dan inovasi, serta membentuk graduan yang berkualiti dan beretika yang berdaya saing di peringkat global . SCiPA diwujudkan untuk mecapai misi-misi berikut iaitu menyokong penyelidikan dan inovasi, pembangunan akademik dan profesional, keterlibatan komuniti, kepimpinan dan pembangunan peribadi, serta kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam kalangan siswazah.

|
Simbol |
Makna |
![]() |
Tabung uji mewakili Jabatan Kimia, melambangkan sintesis dan analisis. |
![]() |
Daun hijau mewakili Jabatan Biologi melambangkan hidupan, pertumbuhan dan kemampanan. |
![]() |
Simbol π (pi) mewakili Jabatan Matematik dan Statistik, melambangkan pemikiran logik, tepat dan analitik. |
| |
Orbit merah yang mengelilingi teks, mewakili Jabatan Fizik, menekankan penerokaan dan inovasi. |
| |
Topi mortarboard graduasi mewakili komuniti pascasiswazah, mencerminkan usaha dan pencapaian akademik. |
![]() |
Bumi melambangkan pelajar pascasiswazah di Fakulti Sains mempunyai keupayaan untuk berdaya saing di peringkat global. |

Kemaskini:: 19/06/2026 [edora]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :