MATEMATIK GUNAAN | FAKULTI SAINS
» MATEMATIK GUNAAN

MATEMATIK GUNAAN

MATEMATIK GUNAAN

Tumpuan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan adalah dinamik bendalir, mekanik rekahan, penyelidikan operasi, permainan pembezaan, pengoptimuman dan kestabilan dan kriptografi. Penyelidikan dalam dinamik bendalir memberi tumpuan kepada gerakan bendalir dengan aplikasi meluas dalam sains asas dan kejuruteraan. Tumpuan semasa adalah kestabilan aliran bendalir dan fenomena kecerunan tegangan permukaan. Manakala aktiviti penyelidikan dalam mekanik rekahan tertumpu pada masalah retak 2-D dan 3-D. Penyelesaian berangka bagi persamaan kamiran singular dan hipersingular yang muncul dalam masalah retak turut dibincangkan. Dalam bidang penyelidikan operasi, penumpuan penyelidikan meliputi bidang penyelesaian Masalah Pengoptimuman Kombinatorik (MPK) seperti masalah penjadualan mesin, masalah pemotongan dan pembungkusan, masalah peruntukan sumber, masalah perjalanan jurujual, dan masalah perjalanan kenderaan dengan menggunakan algoritma genetik. Permainan perbezaan mengkaji masalah mengejar-mengelak yang melibatkan banyak pemain. Sebaliknya, penyelidikan dalam kestabilan merangkumi penentuan domain tarikan bagi sistem tak berautonomi dan kestabilan sistem berkala dan sistem berubah masa menggunakan kaedah Lyapunov dan Zubov, manakala penyelidikan dalam pengoptimuman  tertumpu ke atas pengoptimuman tak berkekangan berskala besar temasuk kaedah kecerunan, kemaskini quasi-Newton, kaedah pangkat satu berskala yang tentu positif dan simetri dan kemaskini ingatan terhad BFGS. Akhirnya, antara bidang kajian dalam kriptografi adalah pengujian keperdanaan, pemfaktoran integer besar, kriptografi berasaskan ‘lattice’,  kaedah saringan, kriptografi lengkung elliptik dan masalah logaritma diskrit.

Senarai Pakar

Prof. Madya Dr. Norihan Md Arifin | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Leong Wah June | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Lee Lai Soon | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Norfifah Binti Bachok @ Lati | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Mohd Rizam Abu Bakar | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Nik Mohd Asri Nik Long | Google Scholar
Prof. Madya Dr. Mohamad Rushdan Md. Said | Google Scholar
Dr. Fadzilah Md. Ali | Google Scholar
Dr. Haliza Rosali | Google Scholar
Dr. Mai Zurwatul Ahlam Mohd Jaffar | Google Scholar
Dr. Nadihah Wahi | Google Scholar
Dr. Siti Mahani Marjugi | Google Scholar
Dr. Siti Nur Iqmal Ibrahim | Google Scholar
Dr. Faridah Yunos | Google Scholar
Puan Nor Aliza Abd. Rahmin | Google Scholar
Puan Aniza Abd Ghani | Google Scholar
 
 

 

 

 

Kemaskini:: 28/01/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdJAH~