
MATLAMAT PROGRAM :
Matlamat program (Program Educational Objectives, PEO) Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian adalah untuk melahirkan:
- ahli biologi yang berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan praktikal serta berdaya saing bagi menerajui bidang berasaskan biologi dalam negara mahupun di peringkat global;
- penyelidik bidang biologi yang berpengetahuan dan berkemahiran penyelidikan bagi tujuan inovasi dan pengajian lanjutan;
- pegawai yang beretika dan berintegriti dalam sesebuah institusi.
NILAI KREDIT :
123 Kredit
TEMPOH PENGAJIAN :
|
Perkara
|
Sepenuh Masa
|
|
Semester Panjang
|
|
Bilangan Minggu
|
112
|
|
Bilangan Semester
|
8
|
|
Bilangan Tahun
|
4
|
SYARAT KHAS PROGRAM
LEPASAN MATRIKULASI/ASASI
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Biology;
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Physics/Chemistry;
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Mathematics.
LEPASAN STPM
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Biology
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Physics/Chemistry;
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics (T)/Further Mathematics.
LEPASAN DIPLOMA
- Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;
- Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Science.
PELUANG KERJAYA :
Graduan Program ini mempunyai peluang yang luas untuk memilih kerjaya dalam pelbagai bidang samada dalam sektor awam atau swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan bidang biologi. Graduan tidak hanya menguasai teori dan aplikasi bidang biologi tetapi turut ditekankan kepada penguasaan kemahiran insaniah. Peluang kerjaya meliputi:
- Pegawai Penyelidik
- Pegawai Sains
- Eksekutif Makmal (Bio-based)
- Pegawai Makmal Perubatan
Updated:: 11/05/2017 [nashrin]
MEDIA SHARING