MASTER BIOLOGI TROPIKA | FAKULTI SAINS
» MASTER BIOLOGI TROPIKA

MASTER BIOLOGI TROPIKA

Program ini terdiri daripada tiga semester dan merupakan gabungan kerja kursus (34 kredit) dan penyelidikan (6 kredit). Matlamat program ini adalah untuk melahirkan: (i) pegawai penyelidik dan pegawai tadbir/eksekutif yang profesional, berkemahiran tinggi dan kompeten dalam bidang biologi mapan, (ii) tenaga pengajar akademik yang mampu melaksanakan pengajian lanjutan dan pembelajaran sepanjang hayat serta berupaya menggunakan kemahiran analitikal dalam penyelesaian masalah berkaitan biologi tropika, dan (iii) usahawan industri berkaitan biologi tropika dengan pengetahuan mendalam dan berkemahiran teknikal tinggi.

Program ini direka bagi menghasilkan ahli biologi yang berupaya untuk menggabungkan asas ilmu Ekologi, Fisiologi dan Genetik dalam Biodiversiti Tropika secara saintifik dan berorientasi penyelidikan. Graduan dalam program ini akan dibentuk untuk berfikiran secara saintifik, kreatif dan inovatif. Mereka akan dibekalkan dengan  kemahiran teknikal dan analisis yang terkini, beserta dengan kecekapan dalam pengurusan maklumat untuk pembelajaran lanjutan. Graduan dari program ini akan dapat melibatkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam biologi tropika sama ada dalam sektor awam mahupun swasta.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah secara pembelajaran teradun yang merangkumi pendekatan pembelajaran konvensional dan campuran yang selari dengan objektif program. Ianya termasuk kuliah, tutorial, makmal, kerja lapangan, bengkel, kajian kes, ulasan kritis, pengajaran berbantukan komputer, seminar, ceramah industri yang berkaitan dan disertasi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu berkerja untuk kemudahan para pelajar yang mempunyai komitmen peribadi atau berkerja.

 

Penilaian

Kemajuan pelajar dinilai berdasarkan penilaian berterusan (70%-100%) dan penilaian akhir (20% - 30%) mengikut kesesuaian sinopsis dan kandungan kuliah kursus. Penilaian berterusan dilaksanakan melalui kaedah sama ada ujian (Ujian 1 dan 2), praktikal, penilaian projek, kajian kes berasaskan masalah/isu semasa, kuiz, pembentangan, tugasan, penulisan refleksi pembelajaran, forum dan diskusi secara formatif dan sumatif. Manakala penilaian akhir dilaksanakan dengan kaedah peperiksaan akhir secara sumatif. Disertasi master akan bermula pada Semester II dan dinilai pada akhir Semester III.

Syarat kemasukan

Pelajar Tempatan:   

  • Calon yang memiliki ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Biologi atau Biologi Tropika dan bidang lain yang berkaitan dengan nilai PNGK sekurang-kurangnya 2.750, atau setara dengannya, seperti mana diterima oleh Senat;

ATAU

  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Biologi atau Biologi Tropika dan bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.500 sehingga PNGK 2.749, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Instituti;

ATAU

  • Calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda atau Bacelor dalam bidang Bilogi atau Biologi Tropika dan bidang lain yang berkaitan dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.000 sehingga PNGK 2.499, atau setara dengannya boleh diterima tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.

 

Antarabangsa 

  • Kelulusan yang sama seperti di atas dan mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk pertimbangan Senat.
  • Bahasa Inggeris (minimum 550 TOEFL or 6.0 IELTS).

 

Struktur Program

Pelajar perlu mengambil 28 jam kredit kursus teras dan sekurang-kurangnya 12 jam kredit kursus elektif beserta dengan mobiliti seminar. Program ini dijalankan untuk sekurang-kurangnya TIGA (3) semester dan maksimum ENAM (6) semester.

  

Kursus Teras (28 jam kredit)

Bil. Kod Kursus Nama Kursus Kredit
1 BGY5101  BIOSISTEMATIK ORGANISMA TROPIKA

4(3+1)

2 BGY5301  FISIOLOGI PERSEKITARAN TROPIKA

3(3+0)

3 BGY5404  EKOLOGI TROPIKA

3(3+0)

4 BGY5508  GENETIK LANJUTAN

3(3+0)

5 BGY5701  BIOSTATISTIK GUNAAN

3(3+0)

6 BGY5901  KAEDAH PENYELIDIKAN

3(3+0)

7 BGY5902  TEKNIK KHAS SAINS BIOLOGI TROPIKA

3(3+0)

8 BGY5990  DISERTASI MASTER

6(0+6)

 

Kursus Elektif (sekurang-kurangnya 12 jam kredit)

Bil. Kod Kursus Nama Kursus Kredit
1 BGY5102  BIOKIMIA ORGANISMA TROPIKA KOMERSIAL

3(2+1)

2 BGY5103  BIOLOGI INVERTEBRAT TROPIKA

3(2+1)

3 BGY5104  MIKOLOGI LANJUTAN

3(2+1)

4 BGY5107  PEMULIHARAAN BIODIVERSITI

3(3+0)

5 BGY5108  PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR TROPIKA

3(3+0)

6 BGY4304  NEUROTOKSIKOLOGI PERKEMBANGAN

3(2+1)

7 BGY5310  IKTIOLOGI LANJUTAN

3(3+0)

8 BGY5303  ENDOKRIN DAN PEMBIAKAN HAIWAN TROPIKA

3(3+0)

9 BGY4406  BIOLOGI DAN EKOLOGI RUMPUT LAUT

4(3+1)

10 BGY5401  EKOTOKSIKOLOGI LANJUTAN

3(3+0)

11 BGY5402  EKOLOGI BENTIK MARIN

3(3+0)

12 BGY5403  LIMNOLOGI LANJUTAN

3(2+1)

13 BGY5405  BIOREMEDIASI EKOSISTEM AKUATIK TROPIKA

3(3+0)

14 BGY5406  EKOLOGI KELAKUAN

3(3+0)

15 BGY5509  GENETIK PEMULIHARAAN

3(3+0)

16 BGY5510  POLIMORFISME GENETIK LANJUTAN

3(3+0)

17 BGY5511 TEKNOLOGI GENETIK UNTUK KAJIAN BIOLOGI  TROPIKA

3(2+1)

 

 Skema Pengajian

SEMESTER 1 (Tahun 1)

Sept. – Jan. (14 minggu kuliah + 2 minggu peperiksaan)

Kod Kursus Nama Kursus

Kredit

BGY5101 BIOSISTEMATIK ORGANISMA TROPIKA

4(3+1)

BGY5301 FISIOLOGI PERSEKITARAN TROPIKA

3(3+0)

BGY5404 EKOLOGI TROPIKA

3(3+0)

BGY5508 GENETIK LANJUTAN

3(3+0)

BGY5701 BIOSTATISTIK GUNAAN

3(3+0)

 Jumlah Kredit

16

 Peratusan Pembelajaran Kuliah

94%

 Peratusan Pembelajaran Amali

6%

 

SEMESTER 2 (Tahun 1)

Feb. – Jun (14 minggu kuliah + 2 minggu peperiksaan)

Kod Kursus Nama Kursus

Kredit

BGY5901  KAEDAH PENYELIDIKAN

3(3+0)

BGY5902  TEKNIK KHAS SAINS BIOLOGI TROPIKA

3(3+0)

   KURSUS ELEKTIF

3(2+1)

   KURSUS ELEKTIF

3(2+1)

   KURSUS ELEKTIF

3(3+0)

BGY5990  DISERTASI MASTER

3(0+3)

                      Jumlah Kredit

18

                      Peratusan Pembelajaran Kuliah

72%

                      Peratusan Pembelajaran Amali

28%

 

SEMESTER 3 (Tahun 1)

*Semester PendekJun – Ogos

(7 minggu kuliah + 1 minggu peperiksaan)

Kod Kursus Nama Kursus

Kredit

   KURSUS ELEKTIF

3(3+0)

BGY5990  DISERTASI MASTER

3(0+3)

                       Jumlah Kredit

6

                       Peratusan Pembelajaran Kuliah

50%

                       Peratusan Pembelajaran Amali

50%

 

 Yuran Program

PELAJAR TEMPATAN (RM-Ringgit Malaysia)
 Bil. Semester Yuran/ Semester Yuran/Kredit Jumlah
 Semester 1 RM 1,206
RM 6,000
(RM 375 x 16 kredit)
 
RM 7,206
 Semester 2 RM 950
RM 6,750
(RM 375 x 18 kredit)
 
RM 7,700
 Semester 3 *Semester Pendek RM 950
RM 2,250
(RM 375 x 6 kredit)
 
RM 3,200
Sepanjang Pengajian RM 3,106
RM 10,000
(RM 375 x 40 kredit)
 
RM 18,106

 

PELAJAR ANTARABANGSA (RM-Ringgit Malaysia)
 Bil. Semester Yuran/ Semester Yuran/Kredit Jumlah
 Semester 1 RM 2,206
RM 6,400
(RM 400 x 16 kredit)
 
RM 8,606
 Semester 2 RM 1,950
RM 7,200
(RM 400 x 18 kredit)
 
RM 9,150
 Semester 3 *Semester Pendek RM 1,950
RM 2,400
(RM 400 x 6 kredit)
 
RM 4,350
Sepanjang Pengajian RM 6,106
RM 16,000
(RM 400 x 40 kredit)
 
RM 22,106

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Siswazah)
Fakulti Sains
Universiti Putra Malaysia
 
Email:  fs_kjbio@upm.edu.my/ fs_tdps@upm.edu.my
Telefon:   +60397696614/6613 , +60397697447/6603

 

  • Brosur program boleh dimuat turun DI SINI
  • Klik DI SINI untuk memohon
 

 

 

 

Kemaskini:: 04/01/2024 [adrianaarissya]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdEAv~