MASTER STATISTIK GUNAAN
Master Statistik Gunaan adalah program pascasiswazah 40 kredit melalui kursus kerja termasuk 6 kredit mini projek. Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam statistik dan juga menawarkan peluang untuk pengajian lanjutan dan pembangunan kerjaya dalam bidang statistik. Ia menawarkan kurikulum yang menyediakan pendekatan yang seimbang untuk latihan dan pendidikan profesional statistik.
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan lanjutan dan kepakaran profesional melalui kerja kursus dan aplikasi. Ia mendedahkan mereka kepada perkembangan terkini dalam bidang Statistik Gunaan. Graduan dari bidang ini boleh mempunyai peluang kerjaya dalam bidang perancangan, pengurusan, penyelidikan, akademik dan industri yang berkaitan. Pelajar yang mengikuti Master Statistik Gunaan boleh melengkapkan program dalam tempoh minimum tiga semester dan tempoh maksimum enam semester (tiga tahun).
Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan penilaian berterusan melalui tugasan, projek, pembentangan, ujian dan peperiksaan. Disertasi dinilai pada semester akhir.
Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan:
* Calon tanpa kelayakan dalam bidang berkaitan atau tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan mesti menjalani kursus prasyarat yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Pengajian/Institut.
Pelajar Antarabangsa
Pemohon luar negara mestilah mempunyai kelulusan yang setara seperti pemohon tempatan.
*Sila kemukakan dokumen berkaitan untuk pertimbangan.
Keperluan Bahasa Inggeris untuk Pelajar Antarabangsa
Struktur Program
Calon dikehendaki mengambil 40 jam kredit yang terdiri daripada kursus teras (25 jam kredit) dan kursus elektif (15 jam kredit).
Kursus Teras (25 jam kredit)
Kursus Elektif (pilih 15 jam kredit)
Skema Pengajian Mengikut Semester
Semester I (15 KREDIT) |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Kredit |
MTH5402 |
Tinjauan Pensampelan |
3(3+0) |
MTH5403 |
Rekabentuk dan Analisis Ujikaji |
3(3+0) |
MTH5411 |
Pemodelan Statistik Gunaan |
3(3+0) |
|
Kursus Elektif |
3(3+0) |
|
Kursus Elektif |
3(3+0) |
Semester II (13 KREDIT) |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Kredit |
MTH5401 |
Statistik Bermatematik |
3(3+0) |
MTH5404 |
Analisis Regresi |
3(3+0) |
*MTH5989 |
Disertasi |
6(0+6) |
MTH5903 |
Seminar I |
1(0+1) |
|
Kursus Elektif |
3(3+0) |
Semester III (12 KREDIT) |
||
Kod Kursus |
Nama Kursus |
Kredit |
*MTH5989 |
Disertasi |
6(0+6) |
MTH5415 |
Analisis Multivariat |
3(3+0) |
|
Kursus Elektif |
3(3+0) |
Kursus Elektif |
3(3+0) |
*Nota: Hanya 3 kredit diambil untuk pengiraan bagi kursus MTH5989 Disertasi setiap semester.
Yuran Pengajian
Pelajar Tempatan |
|
Semester I |
RM5,000 |
Semester II |
RM4,250 |
Semester III |
RM4,000 |
JUMLAH |
RM13,250 |
Pelajar Antarabangsa |
|
Semester I |
RM8,300 |
Semester II |
RM7,250 |
Semester III |
RM6,850 |
JUMLAH |
RM22,400 |
Pengambilan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah)
Fakulti Sains,
Universiti Putra Malaysia
Emel : fs_kjmat@upm.edu.my / fs_tdps@upm.edu.my
Tel. : +603-97697447 / +603-97696603
Kemaskini:: 21/02/2022 []
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :