Kriteria Pemilihan Industri Dan Jenis Kerjasama | FACULTY OF SCIENCE
» NETWORKING » Industry » Kriteria Pemilihan Industri dan Jenis Kerjasama

Kriteria Pemilihan Industri dan Jenis Kerjasama

Kriteria Pemilihan Kerjasama Industri-Universiti
Kriteria Pemilihan Kerjasama Industri- Universiti seperti ketetapan berikut:

1-Industri yang bersesuaian dengan program akademik yang ditawarkan di UPM;
2-Industri yang boleh memberi manfaat kepada UPM (dari aspek modal insan, penyelidikan dan pengembangan) dan manfaat kepada Negara dan masyarakat;
3-Industri yang tidak melibatkan tanggungan kewangan atau kemudaratan kepada UPM bagi setiap kerjasama yang dijalankan. Penglibatan UPM hanya dari aspek kepakaran, kemudahan dan pelajar;
4-Industri yang sah dari segi undang-undang. UPM tidak boleh disabitkan dengan apa-apa kesalahan peraturan atau undang-undang yang dilakukan oleh pihak industri melalui kerjasama yang dijalankan;
5-Industri yang tidak melibatkan kepentingan mana-mana pertubuhan politik, suku kaum tertentu, pertubuhan haram dan pelampau agama.

Updated:: 15/08/2023 [adrianaarissya]

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXFDBAz~