LAWATAN DARI KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL (KSKM) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DAERAH PERAK TENGAH KE JABATAN BIOLOGI, FAKULTI SAINS, UPM | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » LAWATAN DARI KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL (KSKM) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DAERAH PERAK TENGAH KE JABATAN BIOLOGI, FAKULTI SAINS, UPM

LAWATAN DARI KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL (KSKM) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DAERAH PERAK TENGAH KE JABATAN BIOLOGI, FAKULTI SAINS, UPM

Oleh: Dr. Noor Azrizal Abdul Wahid

Serdang, 28 Ogos 2023 (Isnin) – Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia dengan berbesar hati telah menerima kunjungan dari pihak Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Perak Tengah. Seramai 39 kakitangan Pembantu Makmal dari sekolah-sekolah dan kolej-kolej sekitar Daerah Perak Tengah telah mengambil bahagian dalam program ini yang berlangsung pada 28 Ogos 2023 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada Pembantu Makmal berkaitan hal ehwal pengurusan dan pengendalian makmal. Melalui aktiviti ini, keupayaan Pembantu Makmal terhadap tugasan hakiki harian dapat dipertingkatkan serta dapat memberikan inspirasi untuk lebih memahami skop kerja dengan lebih meluas dan pelbagai.

 

                                         

Selain itu, ianya telah dapat membantu proses pengurusan makmal dengan lebih teratur dan kondusif. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berkenaan latar belakang Fakulti Sains dan Jabatan Biologi oleh Dr. Noor Azrizal Abdul Wahid. Seterusnya, peserta program mengikuti sesi lawatan ke Zoollery, Jabatan Biologi dimana mereka telah berpeluang untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan teknik pengawetan haiwan dan juga melihat koleksi spesimen haiwan. Lawatan diteruskan dengan sesi menimba pengetahuan berkaitan pengurusan makmal penyelidikan yang bertempat di Makmal Anatomi Jabatan Biologi. Sesi penerangan berkaitan pelupusan sisa bahan kimia, radas dan alatan usang, serta demonstrasi penyediaan spesimen histologi telah disampaikan oleh Cik Hilma Syazrani Sapari. Lawatan diteruskan dengan sesi pengkongsian berkenaan pengurusan makmal pengajaran yang bertempat di Makmal pengajaran 2A Jabatan Biologi. Pada sesi ini, penerangan berkaitan penyediaan bahan mengajar dan pengurusan kelas amali telah disampaikan kepada peserta oleh Puan Farah Kamaludin. Program diakhiri dengan sesi perkongsian cenderahati diantara pihak KSKM, PPD dan Jabatan Biologi UPM.

                                                                                

Date of Input: 30/08/2023 | Updated: 30/08/2023 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcDAD~