Pelajar Fakulti Sains Raih Tempat Ke-5 Di Dalam Malaysia Data Innovation Talent X DOSM Datathon 2023 (MDIT X DD 2023) | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Pelajar Fakulti Sains Raih Tempat ke-5 di dalam Malaysia Data Innovation Talent X DOSM Datathon 2023 (MDIT X DD 2023)

Pelajar Fakulti Sains Raih Tempat ke-5 di dalam Malaysia Data Innovation Talent X DOSM Datathon 2023 (MDIT X DD 2023)

 
Serdang, 2 Oktober - Kumpulan Oopsilon daripada Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains telah terpilih sebagai Top 10 di dalam Malaysia Data Innovation Talent X DOSM Datathon 2023 (MDIT X DD 2023). 
 
MDIT X DD 2023 ini merupakan pertandingan anjuran UiTM dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), anjuran Bersama Bank Negara Malaysia.
 
Kumpulan Oopsilon yang dianggotai oleh Firzanah Binti Abadan, Fatiha Azrini Binti Pendi, Nurul Hafiza Natasya Binti S J Mohd Zaki dan Sofiah Solehah Binti Zainodin telah menjalani sesi live pitching di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia pada 25 September 2023 dan telah berjaya mendapat tempat ke-5 dengan menerima hadiah trofi dan wang tunai yang berjumlah RM300.
  
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
 
 
 
 

Date of Input: 04/10/2023 | Updated: 24/10/2023 | norlida_mn

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcHAp~