Proses Temuduga Calon Bacelor Sains Dengan Pendidikan (BSDP) Fakulti Sains Sesi 2023/2024 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Proses Temuduga Calon Bacelor Sains Dengan Pendidikan (BSDP) Fakulti Sains sesi 2023/2024

Proses Temuduga Calon Bacelor Sains Dengan Pendidikan (BSDP) Fakulti Sains sesi 2023/2024

Serdang, 17 Julai - Seperti tahun sebelumnya, Fakulti Sains telah mengadakan sesi temu duga pengambilan pelajar baharu Bacelor Sains Dengan Pendidikan (BSDP) bagi pengambilan sesi pengajian 2023/2024 secara bersemuka. Proses temu duga tersebut dijalankan bermula 11 Julai  bagi calon dari Sarawak dan 13 Julai 2023 bagi calon Sabah yang telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd. Aziz, Dekan Fakulti Sains, dan  Prof. Madya Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik sebagai panel temu duga.

Bagi calon di Semenanjung, proses temu duga bermula pada 17 Julai sehingga 20 Julai di Kompleks Mahasiswa Akademik A, UPM Serdang. Anggaran seramai 241 orang calon dari seluruh negara telah menghadiri temuduga yang dipecahkan mengikut program pengajian iaitu BSDP Biologi seramai 60 orang calon, Kimia 60 calon,  Fizik 60 calon, Matematik dan Statistik 61 calon.

 

Calon-calon temu duga ini adalah mereka yang memohon dan terpilih melalui UPUonline Kementerian Pendidikan Tinggi dari lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Kolej-kolej Matrikulasi KPM dan Pusat Asasi Pertanian Universiti Putra Malaysia (ASPER UPM).

 

Calon-calon yang berjaya dalam temu duga ini akan ditawarkan tempat pengajian di Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Semester 1 sesi 2023/2024 yang dijangka bermula 9 Oktober 2023.

 

 

 

Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 27/07/2023 | adrianaarissya

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcRAK~