VISIT TO RECYCLING CENTER AND INNOVATION CENTER ORGANIZED DEPARTMENT OF CHEMISTRY, UPM FOSTERS COMMUNITY AWARENESS ABOUT CYCLE AGAIN | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » VISIT TO RECYCLING CENTER AND INNOVATION CENTER ORGANIZED DEPARTMENT OF CHEMISTRY, UPM FOSTERS COMMUNITY AWARENESS ABOUT CYCLE AGAIN

VISIT TO RECYCLING CENTER AND INNOVATION CENTER ORGANIZED DEPARTMENT OF CHEMISTRY, UPM FOSTERS COMMUNITY AWARENESS ABOUT CYCLE AGAIN

CYBERJAYA, 4 November –Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman komuniti tentang pengasingan sisa domestik dari rumah dan pengurusan kitar semula, baru-baru ini, 38 penduduk Taman Idaman Murni, Sepang telah menyertai lawatan komuniti ke Pusat Inovasi Sepang dan Pusat Kitar Semula Cyberjaya.

Lawatan ini merupakan salah satu objektif bagi Program Pengurusan Sisa Pepejal Dan Kitar Semula yang telah bermula sejak Mac 2023, di bawah Skim Geran Pemindahan Ilmu Jaringan Industri dan Masyarakat (KTGS-UCTC, UPM) dengan kerjasama KDEB Waste Management dan Majlis Perbandaran Sepang.


Matlamat utama lawatan ini yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan komuniti tentang pengurusan sisa pepejal yang datang dari rumah masing-masing dan ilmu berkaitan kitar semula. Dr. Sazlinda Kamaruzaman, Pengarah Program, berkata bahawa inisiatif ini bertujuan untuk memindahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk pembuangan sampah yang berleluasa dan pencemaran alam sekitar. Kepentingan program ini
juga dapat mendidik generasi muda untuk kelestarian alam sekitar pada masa hadapan, katanya.


Tuan Haji Mohd Amri Abdullah, wakil komuniti Taman Idaman Murni merakamkan ucapan terima kasih kepada UPM kerana melibatkan kejiranan mereka dalam program yang cukup baik dan memberi manfaat kepada mereka. Beliau berkata kesedaran tentang pengurusan sisa telah meningkat sejak pelancaran program ini dan dijangka akan terus berkembang.


Penerangan tentang kitar semula telah disampaikan oleh Cik Adzleen Natasha Adzmi, wakil KDEB Waste Management, dan demonstrasi kitar semula minyak terpakai oleh En. Ahmad Afiq Shahidan dari Majlis Perbandaran Sepang. Kanak-kanak juga berpeluang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, termasuk sesi membuat ‘DIY Candle’ menggunakan minyak kitar semula, yang dikendalikan oleh pihak KDEB Waste Management dan pelajar dari Jabatan Kimia, UPM.


Lawatan komuniti ke Pusat Inovasi Sepang dan Pusat Kitar Semula Cyberjaya ini terbukti menjadi pengalaman membuka mata kepada penduduk Taman Idaman Murni bahawa banyak pihak yang ada di negara ini yang dapat membantu mereka dalam menjayakan aktiviti kitar semula ini. Dengan pengetahuan yang diperoleh daripada lawatan ini, komuniti taman ini kini lebih bersedia untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar yang lebih hijau dalam jangka masa yang panjang dengan bermula dari rumah masing-masing.

Date of Input: 08/11/2023 | Updated: 08/11/2023 | adrianaarissya

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcMAd~