Latihan Industri (Kursus Elektif)
Pelajar yang ingin mengambil kursus Latihan Industri adalah diwajibkan untuk mengikuti 17 minggu tempoh latihan seperti yang telah ditetapkan oleh Fakulti.
Hanya pelajar klasifikasi Muda dan Sulung (Semester 5, 6 & 7) sahaja yang dibenarkan mengikuti kursus Latihan Industri.
Sebarang pertukaran/pemanjangan tarikh menjalani Latihan Industri hendaklah dengan kelulusan daripada Timbalan Dekan (Akademik) melalui Penyelaras Jabatan.
Pertukaran penempatan Latihan Industi adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali jika pihak agensi yang dipohon menolak permohonan yang dibuat.
Pelajar digalakkan untuk menyertai kami di facebook bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai Latihan Industri.
Pembahagian markah untuk Latihan Industri ialah 60% daripada pihak industry dan 40% daripada Pensyarah melawat (15% laporan, 10% pembentangan dan 15% pemantauan).
Kaedah pemberian gred adalah A-F. Pelajar perlu memenuhi semua criteria pemarkahan.
Setiap jabatan mempunyai Penyelaras.
Sebelum menjalani Latihan Industri, pelajar perlu menghadiri beberapa taklimat yang akan dijalankan oleh Penyelaras Jabatan. Taklimat akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada sebelum permohonan dan dua minggu sebelum tarikh latihan dijalankan.
<< Kembali ke Menu Utama Prasiswazah

Kemaskini:: 03/02/2026 [syafiena]

Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Maklum Balas :