Anugerah | FAKULTI SAINS
» AKADEMIK » Prasiswazah » Anugerah

Anugerah



Universiti dan Fakulti menyediakan pelbagai hadiah untuk mahasiswa yang cemerlang dalam akademik mereka. Pengiktirafan ini akan mendorong semua mahasiswa di Fakulti bekerja keras dan bersaing di antara satu sama lain untuk meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang secara tidak langsung menaikkan imej Fakulti dan juga Universiti. Senarai hadiah Universiti, Fakulti dan Jabatan masing-masing adalah seperti berikut:

Hadiah Peringkat Universiti

Nama Hadiah
Syarat Pengurniaan

Pingat Emas Canselor

Graduan (peringkat Bacelor) yang terbaik pada keseluruhannya, PNGK sekurang-kurang 3.500, tidak pernah dikenakan tindakan tata tertib.

Anugerah Pelajaran DiRaja

Graduan (peringkat Bacelor) Bumiputera dan bukan Bumiputera terbaik, mendapat kelas pertama, tidak pernah gagal atau mengulang kursus.

Pingat Emas Alumni

Graduan (peringkat Bacelor) yang terbaik dari segi akademik.

Pingat Emas Yayasan Pak Rashid


Graduan Bacelor terbaik dari segi akademik dan kokurikulum, PNGK sekurang-kurang 3.500, boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, tiada gred F, tidak mengulang kursus dan tiada semester tambahan.

Hadiah Syed Kechik

Pelajar Bumiputera terbaik dari segi akademik pada peringkat Bongsu (dengan syarat telah mengambil sekurang-kurang 30 kredit).


HADIAH PERINGKAT JABATAN

Bil

Nama
Hadiah

Bentuk
Hadiah

Syarat
Kurniaan

1.

 

Hadiah Pingat Emas Profesor Fakulti Sains

 

Sijil dan wang tunai bernilai RM1000.00

 

  1. Graduan cemerlang secara keseluruhan dalam pencapaian akademik, kokurikulum,
    kepimpinan, perkhidmatan komuniti dan sukarelawan
  2. Graduan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas
  3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
  4. Tidak pernah mengulang kursus

 

 

2.

 

Hadiah Koperasi UPM

 

 

Sijil dan wang
tunai RM500.00

 

  1. Graduan Bumiputera (Peringkat Bacelor) yang terbaik pada keseluruhannya dalam bidang akademik
  2. Graduan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.50 ke atas
  3. Aktif dalam kokurikulum
  4. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang menyerlah
  5. Tidak pernah dikenakan tindakan tatertib
  6. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan

 

3.

 

Hadiah Projek
Ilmiah Terbaik Fakulti Sains

 

 

 

Sijil dan wang
tunai RM500.00

 

  1. Graduan Bacelor menghasilkan Laporan Akhir Projek Ilmiah Terbaik
  2. Diperakui oleh Panel Penilai Projek Terbaik Fakulti
  3. Menamatkan projek ilmiah dalam tempoh 2 semester
  4. Tidak pernah dikenakan tindakan tatertib
  5. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan

 

 

4.

 

Hadiah Kokurikulum
Terbaik PIC Instruments

 

 

 

Sijil dan wang
tunai bernilai RM500.00

 

  1. Graduan dengan pencapaian kokurikulum terbaik
  2. Graduan dengan pencapaian cemerlang
  3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
  4. Tidak pernah gagal kursus
  5. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan

 

 

 

5.

 

Hadiah Kepimpinan
Terbaik Nanorian Technologies

 

 

 

Sijil dan wang
tunai bernilai RM500.00

 

  1. Graduan yang menjadi ahli dalam jawatankuasa pengurusan persatuan/kelab pelajar.
  2. Pernah mengetuai sekurang-kurangnya satu program pelajar yang berimpak tinggi di peringkat fakulti.
  3. Graduan dengan pencapaian CGPA 3.00 ke atas.
  4. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
  5. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan.

 

 

6.

 

Hadiah MASS

 

 

 

Sijil dan wang
tunai bernilai RM500.00

 

  1. Pelajar yang menghasilkan projek terbaik dalam bidang Sains dan Teknologi Bahan.
  2. Diperakui oleh panel penilai projek fakulti.
  3. Tidak Pernah dikenakan tindakan tatatertib
  4. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan.

 

 

7.

 

Hadiah Graduan
Terbaik Sains Akuatik

 

 

Sijil dan wang tunai RM1,000.00

 

  1. Graduan menghasilkan laporan penyelidikan Sains Akuatik Terbaik dan pengkhususan
    dalam bidang Sains Akuatik.
  2. Graduan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas
  3. Projek tahun akhir dalam bidang Sains Akuatik dan mendapat Gred A
  4. Mengambil sekurang-kurangnya 3 kursus elektif dalam bidang Sains Akuatik dan CGPA dalam kursus-kursus tersebut adalah melebihi 3.8

 

8.

 

Hadiah
Peringatan Dr. Osman Ese

 

Sijil dan wang
tunai bernilai RM500.00

 

  1. Graduan Bumiputera terbaik keseluruhan Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) major Fizik
  2. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
  3. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan

 

 

9.

 

Hadiah Peringatan Profesor Badri

 

 

 

Sijil dan wang tunai bernilai RM500.00

 

  1. Pelajar Bumiputera peringkat BONGSU yang terbaik dari segi akademik (dengan syarat mengambil sekurang-kurangnya 30 Kredit)
  2. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
  3. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan

 

 

10.

 

Hadiah Alumni Fakulti Sains

 

 

 

Wang tunai RM1000.00 serta sijil

 

 

  1. Graduan peringkat
    bacelor yang terbaik dari segi akademik dan terlibat secara aktif dalam aktiviti khidmat masyarakat
  2. Graduan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.500
  3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib
  4. Tidak pernah mengulang kursus dan tiada semester tambahan

 






ANUGERAH NAIB CANSELOR

 

Anugerah ini adalah anugerah yang paling berprestij di kalangan mahasiswa. Kriteria anugerah ini adalah berdasarkan ketokohan, kewibawaan, prestasi unggul dan kesungguhan yang tinggi dalam menjalankan aktiviti kepimpinan, kemasyarakatan serta menggalakkan penghayatan budaya ilmu ke arah mencerna pemupukan minda positif. Pelajar sepenuh masa yang mendapat purata nilaian gred 4.000 bagi sesuatu semester akan disenaraikan dalam Senarai Kepujian Naib Canselor dan diberikan sijil penghargaan oleh Universiti.

 

ANUGERAH KEPUJIAN DEKAN

Pelajar sepenuh masa yang mendapat purata nilaian gred 3.750 hingga 3.999 bagi sesuatu semester akan disenaraikan dalam Senarai Kepujian Dekan dan diberikan sijil penghargaan oleh Fakulti.

 



 

Kemaskini:: 19/06/2017 [nor_lida]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
B1566707506