Latihan Industri | FAKULTI SAINS
» AKADEMIK » Prasiswazah » Latihan Industri

Latihan Industri

Latihan Industri (Kursus Elektif)

Pelajar yang ingin mengambil kursus Latihan Industri adalah diwajibkan untuk mengikuti 16 minggu tempoh latihan seperti yang telah ditetapkan oleh Fakulti.

Hanya pelajar klasifikasi Muda dan Sulung (Semester 5, 6 & 7) sahaja yang dibenarkan mengikuti kursus Latihan Industri.

Sebarang pertukaran/pemanjangan tarikh menjalani Latihan Industri hendaklah dengan kelulusan daripada Timbalan Dekan (Akademik) melalui Penyelaras Jabatan.

Pertukaran penempatan Latihan Industi adalah tidak dibenarkan sama sekali, kecuali  jika pihak agensi yang dipohon menolak permohonan yang dibuat.

Pelajar digalakkan untuk menyertai kami di facebook bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai Latihan Industri

Pembahagian markah untuk Latihan Industri ialah 60% daripada pihak industry dan 40% daripada Pensyarah melawat (15% laporan, 10% pembentangan dan 15% pemantauan).

Kaedah pemberian gred adalah A-F. Pelajar perlu memenuhi semua criteria pemarkahan.
Setiap jabatan mempunyai Penyelaras.

Sebelum menjalani Latihan Industri, pelajar perlu menghadiri beberapa taklimat yang akan dijalankan oleh Penyelaras Jabatan. Taklimat akan diadakan sebanyak  dua kali iaitu pada sebelum permohonan dan dua minggu sebelum tarikh latihan dijalankan.

Program yang terlibat
Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian
Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian)
 
Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian
Bacelor Sains dalam Sains Instrumentasi dengan Kepujian
Bacelor Sains dalam Sains Bahan dengan Kepujian
Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan (Kepujian)
 
Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian
Bacelor Sains Kimia Industri dengan Kepujian
Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian
Bacelor Sains Kimia dengan Pendidikan (Kepujian)
 
Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian
Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian
Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian)
Bacelor Sains Statistik dengan Pendidikan (Kepujian)
 
 
Ketua Unit Latihan Industri
Prof. Madya Dr. Leong Wah June
Ext : 03-9769 6677
Email : leongwj@upm.edu.my

Penyelaras Latihan Industri, Jabatan Biologi
Prof. Madya Dr. Rosimah Nulit
Ext: 03-9769 6615
Email:rosimahn@upm.edu.my

 

Penyelaras Latihan Industri, Jabatan Fizik
Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik
Ext : 03 - 9769 6671 
Email :mmak@upm.edu.my

Penyelaras Latihan Industri, Jabatan Kimia
Dr. Norhazlin Zainudin 
Ext : 03 - 9769 3223 
Email :norhazlin@upm.edu.my

Penyelaras Latihan Industri, Jabatan Matemaik
Dr. Witriany Basri
Ext : 03-9769 6845
Email: witriany@upm.edu.my

Pembantu Tadbir (P/O) Unit latihan Industri
En. Muhamad Najkhan Mazlan
Ext : 03-9769 3175
Email : muhamadnajkhan@upm.edu.my



<< Kembali ke Menu Utama Prasiswazah


 

 

 

 

Kemaskini:: 16/07/2019 [nashrin]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
B1566711387