Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0 | FACULTY OF SCIENCE
» ARTICLE » Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0

Usaha Untuk Masa Depan Yang Lebih Hijau : Biogreen Week 1.0

Program BioGreen Week anjuran UPM himpun penyertaan 12 universiti awam, swasta

1 Februari 2021

Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Bagi membantu menyebarkan kesedaran untuk melindungi alam sekitar dalam kalangan masyarakat, seramai 86 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan 20 peserta dari universiti awam serta swasta seluruh Malaysia telah menyertai program BioGreen Week 1.0 2020, baru-baru ini.

Program lima hari anjuran Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, UPM itu adalah bertemakan ‘Our Promise to Our Planet’. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti ‘Plastic Free’, ‘Think Green’, ‘3R (Reduce, Reuse & Recycle),’ ‘Ocean Game Challenge’ dan ‘Earth Day’.

Menurut Penasihat KMB, Dr Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, program julung kali diadakan itu bermatlamat mendorong pelajar dan masyarakat untuk terlibat aktif dalam visi ke arah menjadikan planet yang lebih sihat serta lebih baik untuk didiami.

Tambah beliau, program tersebut merupakan platform terbaik untuk pelajar menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka tentang pentingnya penjagaan alam sekitar melalui pembelajaran serta mempraktikkannya dalam norma baharu.

“Berbanding dengan aktiviti KMB yang lain, Biogreen Week 1.0 2020 adalah program dalam talian yang dirancang untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi penggunaan media sosial. Hal ini disebabkan oleh media sosial adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan mesej dan berita terutama semasa norma baharu ini.

“Sepanjang senario pandemik Covid-19 ketika ini, Instagram dan YouTube telah menjadi platform utama dan alat yang berkesan untuk menyatakan kreativiti dan inovasi pelajar,” katanya.

Pengarah program berkenaan, Noor Farah Adilah Mat Yusof berkata norma baharu bukanlah satu alasan tetapi satu cabaran bagi pelajar untuk cemerlang dan menjadi seseorang yang lebih baik.

“Dengan program ini, kita dapat mewujudkan masyarakat penyayang yang sanggup berkorban untuk alam sekitar. Saya harap BioGreen Week 1.0 2020 dapat menjadi langkah kecil untuk masa depan yang lebih hijau,” katanya,

 

 

Sila klik DI SINI untuk rujukan sumber asal berita

 

Date of Input: 20/02/2021 | Updated: 09/08/2021 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
BUKUVAa:21:48