Berita oleh: Sabri Omar
Sebagai mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan kepada Universiti dan Fakulti sepanjang tahun 2019, seramai 17 orang pegawai Fakulti Sains yang terdiri dari pegawai akademik dan pelaksana telah dikurniakan Anugerah Perkidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2019.
Penerima tersebut dipilih melalui penilaian prestasi sasaran kerja tahunan (SKT) tahun 2019 diperingkat Fakulti dan seterusnya diperakui pada peringkat Universiti.
Semua penerima anugerah menerima saguhati berupa wang tunai bernilai RM1000.00 dan sijil perhargaan. Penerima sepatutnya diraikan pada Majlis Gemilang Putra (MGP) yang merupakan acara tahunan Universiti bagi menghargai staf dan pegawai melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra dan Jasamu Dikenang.
Oleh kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara serta keadaan yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah bersetuju secara prinsipnya agar Majlis Gemilang Putra (MGP) UPM bagi tahun 2020 dibatalkan.
Walaubagaimanapun, hanya penyerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada wakil penerima APC dilaksanakan secara bergilir mengikut Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta mengikut garis panduan (SOP) keselamatan yang ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, semuga dengan pencapaian ini dapat menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan pencapaian Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysai (UPM).
Senarai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang:
Date of Input: 01/07/2020 | Updated: 01/07/2020 | nashrin
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA