200 Peserta Sertai IFSC 2021 Secara Maya | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 200 peserta sertai IFSC 2021 secara maya

200 peserta sertai IFSC 2021 secara maya

Sebahagian peserta IFSC 2021 yang dianjurkan oleh Fakulti Sains, UPM.

 

Sebanyak 200 peserta dari seluruh dunia telah menyertai persidangan International Fundamental Science Congress 2021 (IFSC 2021) pada 24 hingga 26 Ogos lalu.

Pengarah Program IFSC 2021, Profesor Madya Dr. Yap Wing Fen berkata, IFSC itu diadakan menerusi aplikasi Zoom anjuran Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Wing Fen berkata, persidangan secara maya itu diadakan dengan anjuran bersama Kasetsart University (KU), Thailand dan IPB University, Indonesia. 

“Kami menerima lebih daripada 200 penyertaan dari seluruh dunia. Saintis terkemuka dari USA, UK, Kanada, Eropah, Mesir, Jepun, Korea, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan Malaysia bersama berkongsi ilmu dalam persidangan ini.

“Persidangan ini bertemakan ‘Engaging Fundamental Science in the New Norm’ seiring dengan usaha bagi terus mendukung penyelidikan sains asas termasuk bidang biologi, fizik, kimia dan matematik dalam norma baharu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persidangan IFSC 2021 telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Ir. Dr. Robiah Yunus.

Hadir sama Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan dekan dari ketiga-tiga universiti iaitu UPM, KU dan IPB 

Untuk rekod, persidangan tahunan IFSC bermula sejak 2009 atas usaha Fakulti Sains, UPM untuk mewujudkan platform perkongsian berkenaan penyelidikan dalam sains asas untuk para penyelidik dan industri dari dalam dan luar negara. 

Pada tahun hadapan, IFSC akan dianjurkan oleh IPB University di Bogor, Indonesia.

 

Sumber: Malakat Tribune News

Date of Input: 06/09/2021 | Updated: 26/07/2023 | adib.yusof

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEYJAE~