Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022

Serdang, 20 Julai- Sebagai pengiktirafan kecemerlangan perkhidmatan kepada Universiti dan Fakulti sepanjang tahun 2022, seramai 24 orang pegawai Fakulti Sains yang terdiri dari pegawai akademik dan pelaksana telah dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2022.

Penerima tersebut dipilih melalui penilaian prestasi sasaran kerja tahunan (SKT) tahun 2022 diperingkat Fakulti dan seterusnya diperakui pada peringkat Universiti. Penerima- penerima anugerah telah diraikan pada Majlis Gemilang Putra (MGP) yang merupakan acara tahunan Universiti bagi menghargai staf dan pegawai melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra dan Jasamu Dikenang. Majlis telah diadakan pada 20 Julai 2023 bermula jam 8:30 pagi di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang.
  
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, semuga dengan pencapaian ini dapat menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada semua staf untuk mempertingkatkan pencapaian Fakulti Sains dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Senarai penerima anugerah di Majlis Gemilang Putra adalah seperti berikut:
1. Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Penyelidikan dan Inovasi
 -Prof. ChM. Dr. Mohd Basyaruddin (Kategori Penyelidik Cemerlang)


2. Anugerah Jasa Putra
-Prof. Madya Dr. Idham Arif Alias
- Dr. Nurhidayaty Mokhtar
-Mohd Johari Sepet
-Zulkifli Ahmad
-Rahmat Kamid


3. Anugerah Jasamu Dikenang
-Mohd Hisam Abdullah


4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
-Prof. Dr. Rusea Go (Kuota Profesor)
-Prof. Madya Dr. Suriati Paiman (Kuota Ketua Jabatan)
-Prof. Madya Dr. Siti Nur Iqmal Ibrahim
-Dr. Farah Diana Muhammad
-Dr. Mohd Izham Saiman
-Dr. Nur Haizum Abd Rahman
-Dr. Nurisya Mohd Shah
-Dr. Sazlinda Kamaruzaman
-Dr. Shahrizim Zulkifly
-Nor Aliza Abd Rahmin
-Aida Shakilla Khairuddin
-Kamal Kamis
-Noor Farizatul Shida Abd Rahman
-Noraina Md Amin
-Norhaslinda Noruddin
-Nurul Dalila Sazali
-Siti Fairouz Zainal Abidin

Date of Input: 07/08/2023 | Updated: 07/08/2023 | adrianaarissya

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcLAj~