BENGKEL MAJLIS DEKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI UNIVERSITI AWAM (SIRI 1/2018) | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » BENGKEL MAJLIS DEKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI UNIVERSITI AWAM (SIRI 1/2018)

BENGKEL MAJLIS DEKAN SAINS DAN MATEMATIK BAGI UNIVERSITI AWAM (SIRI 1/2018)

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai tuan rumah Bengkel Majlis Dekan Sains dan Matematik (MDSM) Siri 1/2018 yang telah diadakan pada 21 – 23 September 2018 bertempat di Hotel De Palma Ampang Selangor.

Bengkel Majlis Dekan Sains dan Matematik (MDSM) Universiti Awam (UA) ini diadakan bagi membantu Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangsang dasar, polisi dan garis panduan bagi pengajian Sains dan Matematik Universiti Awam (UA) di Malaysia ke arah lebih cemerlang dan mantap.

Di samping itu, majlis ini juga berperanan besar sebagai tunggak utama dalam usaha memastikan bakal graduan pengajian sains dan matematik yang dihasilkan adalah berkualiti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan seterusnya negara.

Majlis juga bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat kepada Kementerian berkenaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian Sains dan Matematik di Universiti Awam Malaysia seperti berikut:

  • Menyediakan maklumat terkini berkenaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan bidang Sains dan Matematik dari masa ke semasa.
  • Menyedia dan membangunkan pangkalan data Sains dan Matematik dalam bentuk sumber manusia (direktori pakar pensyarah, penyelidik, felo, tenaga pengajar dan lain-lain termasuk bahan penerbitan (buku, jurnal, artikel, tesis dan lain-lain) oleh Universiti Awam untuk JPT, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mengenalpasti dan mencadangkan bentuk latihan, pembengunan Pendidikan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik di Universiti Awam.
  • Mengenalpasti dan mencadangkan kepada JPT Kementerian Pelajaran Malaysia bentuk hubungan kerjasama antara Universiti Awam dengan pihak industri khususnya dalam bidang ‘Research and Development and Commercialisation’ (R&D&C), latihan industri untuk pensyarah dan pelajar-pelajar bidang Sains dan Matematik.

Hampir kesemua Universiti Awam (UA) yang menawarkan bidang pengajian Sains dan Matematik menghantar wakil dalam bengkel ini.

Date of Input: 24/09/2018 | Updated: 24/09/2018 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEUGAg~