Bengkel Open And Distance Learning (ODL) 2023 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Bengkel Open and Distance Learning (ODL) 2023

Bengkel Open and Distance Learning (ODL) 2023

Serdang, 17 Julai 2023 - Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains telah berjaya menganjurkan Bengkel Open and Distance Learning (ODL) pada 17 Julai 2023 secara bersemuka.

 

image.png

 

Projek Open and Distance Learning (ODL) atau Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan projek rintis terbaharu yang diperkenalkan oleh UPM. Jabatan Matematik & Statistik telah dipilih untuk mengetuai projek tersebut kerana telah mempunyai kekuatan modul yang boleh ditawarkan. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Matematik dan Statistik mengambil inisiatif untuk melengkapkan kemahiran tenaga akademik yang terlibat agar dapat menyumbang kepada kejayaan penawaran program tersebut menjelang tahun 2025, sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Fakulti Sains, UPM.

 

image.png

Barisan panel penceramah yang dijemput untuk berkongsi ilmu dan kepakaran merupakan Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef (Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM), Prof. Madya Dr. Suriana Sabri (Timbalan Pengarah Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (PPP), Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), UPM) dan Dr. Azizah Misran (Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM).

image.png

Bengkel yang bertempat di Bilik Seminar Al-Khawarizmi ini telah menerima sambutan yang baik dan telah disertai oleh seramai 30 orang peserta daripada kalangan pegawai akademik Jabatan Matematik dan Statistik serta daripada Jabatan Kimia dan Jabatan Biologi di Fakulti Sains, UPM. Antara topik yang dikongsikan adalah berkenaan Self Instructional Module (SIM), Student Learning Time (SLT) dan Pembangunan Kursus ODL.

Semoga input dan pendedahan yang diterima pada Bengkel ODL ini dapat membantu barisan tenaga akademik di Fakulti Sains, UPM untuk menjayakan Projek ODL menjelang tahun 2025.

image.png

Date of Input: 26/07/2023 | Updated: 26/07/2023 | adrianaarissya

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcJAy~