BioChallenge 8.0 2025 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » BioChallenge 8.0 2025

BioChallenge 8.0 2025

Program BioChallenge 8.0 2025 ini merupakan program yang dirancang dan dijalankan di Jabatan Biologi, Fakulti Sains yang bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan serta mencungkil bakat dan kemahiran keusahawanan pelajar disamping menarik minat para peserta terhadap bidang Biologi dengan cara yang menarik. Tema Biochallenge 8.0 pada tahun ini iaitu ‘Innovations in Biology: From Bench to Real World Application’. Program ini dijalankan secara fizikal dan dalam talian. Program ini dilaksanakan dibawah seliaan Dr Shahrizim Zulkifly, Pensyarah Kanan Jabatan Biologi,Fakulti Sains dan diketuai oleh Saudari Farrah Nazierah Binti Abdul Shah sebagai pengarah program BioChallenge 8.0 2025.

 

Pada siri kali ini, 5 kategori dipertandingkan:

  1. BioInnovate - 93 orang peserta
  2. BioComic - 19 orang peserta
  3. BioEssay – 5 orang peserta
  4. BioPhoto – 4 orang peserta
  5. BioInfografik – 29 orang peserta

 

Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 150 orang peserta:

  1. UPM – 139 orang pelajar
  2. Kolej Matrikulasi Kelantan – 8 orang pelajar
  3. UniSZA – Seroang pelajar
  4. UMS – Seorang pelajar
  5. University of Toronto – seorang pelajar

 

Diharapkan agar program BioChallenge pada siri hadapan mendapat sambutan yang lebih meriah disamping meningkatkan visibiliti Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

 

Date of Input: 21/01/2025 | Updated: 22/01/2025 | adib.yusof

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
TIADA
S, (03:21:11pm-03:26:11pm, 27 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]