Ekspedisi Math Treasure Hunt @ScienceUPM | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Ekspedisi Math Treasure Hunt @ScienceUPM

Ekspedisi Math Treasure Hunt @ScienceUPM

Serdang, 22 Disember - Jabatan Matematik dan Statistik, UPM telah berjaya menganjurkan program Math Treasure Hunt @ScienceUPM pada 20 Disember 2023 bertempat di sekitar Fakulti Sains, UPM.
Program yang diadakan bersempena International Day of Mathematics 2024 (IDM 2024) ini telah direka khas untuk memberikan pengalaman belajar yang menyeronokkan dan interaktif kepada pelajar darjah 4 hingga 6 dalam menyelami dunia matematik, sekaligus menikmati keseronokan semasa misi mencari harta karun.
 
Peserta terlibat adalah seramai 42 orang yang kesemuanya terdiri daripada anak-anak pegawai di UPM.
Terima kasih kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang telah memberikan sambutan dan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.
 
 
 
 

Date of Input: 29/12/2023 | Updated: 29/12/2023 | norlida_mn

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcEAp~