Gerak Ilmu Jabatan Matematik Dan Statistik Sesi 2023/2024 | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Gerak Ilmu Jabatan Matematik dan Statistik Sesi 2023/2024

Gerak Ilmu Jabatan Matematik dan Statistik Sesi 2023/2024

Serdang, 6 November - Program Gerak Ilmu Jabatan Matematik dan Statistik bagi sesi pengambilan pelajar 2023/2024 telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober yang lepas. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik (KMMS) di bawah pemantauan Dr. Hani Syahida sebagai penyelaras program. Program ini selama 2 hari ini berlangsung di Dewan Saujana KOSSAS dan Auditorium Kaunseling, Uniersiti Putra Malaysia.

 

Program Gerak Ilmu yang telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Norihan Md Arifin, Ketua Jabatan Matematik dan Statistik ini adalah bertujuan untuk meraikan kehadiran pelajar baharu. Terdapat pelbagai pengisian aktiviti menarik yang telah dirancang untuk merangsang mental dan fizikal pelajar. Selain slot ceramah daripada para pensyarah, terdapat juga sesi dialog bersama alumni jabatan iaitu Encik Muhammad Firdaus Abdul Rahim, Encik Muhammad Kasturi Mohd Dallye, Cik Munierah Zulkifli. Sesi dialog ini dilihat berjaya membuka minda pelajar baharu berkaitan hala tuju selepas pengajian, peluang kerjaya dan kemahiran-kemahiran yang perlu dipelajari sepanjang pengajian di UPM. Program ini diakhiri dengan aktiviti mencari harta karun yang menguji kerjasama pasukan dan pengurusan masa dalam kalangan peserta.

 

Diharapkan agar program ini mampu memberi persediaan kepada pelajar dari segi pengetahuan akademik, sosial, keperibadian dan kepimpinan. Tahniah diucapkan kepada KMMS di atas kejayaan menganjurkan Program Gerak Ilmu pada tahun ini.

 

Date of Input: 06/11/2023 | Updated: 06/11/2023 | norlida_mn

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcLAM~