Graduan Bacelor Sains Matematik Menang Anugerah Pelajaran DiRaja | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Graduan Bacelor Sains Matematik menang Anugerah Pelajaran DiRaja

Graduan Bacelor Sains Matematik menang Anugerah Pelajaran DiRaja

SERDANG, 21 MAC- Majlis Konvokesyen Kali Ke-45 ini pasti membawa kenangan paling bermakna dalam hidup Vaishnavi a/p Nagaraja. Graduan Bacelor Sains Matematik ini telah memenangi Anugerah Pelajaran DiRaja kategori PraSiswazah Bukan Bumiputera. Beliau telah menerima pengurniaan ijazah beliau pada 19 Mac lalu di Pusat Kebudayaan dan Keseniaaan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.

'Ibu Bapa Guru Tuhan" merupakan satu peribahasa Tamil yang membawa maksud sentiasa memperingati tuhan, ibu bapa dan guru supaya boleh berjaya dalam kehidupan. Kita harus sentiasa memperingati bahawa usaha dan minat adalah tangga kejayaan." katanya.

Majlis Konvokesyen yang kedua dilakukan secara fizikal ini telah bermula pada 19 Mac dan akan berakhir pada 24 Mac 2022.

 

Date of Input: 21/03/2022 | Updated: 21/03/2022 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXETJAk~