Majlis Pelancaran Sambutan International Day Of Mathematics 2024 (IDM 2024) | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » Majlis Pelancaran Sambutan International Day of Mathematics 2024 (IDM 2024)

Majlis Pelancaran Sambutan International Day of Mathematics 2024 (IDM 2024)

Serdang, 21 November - Majlis Pelancaran Sambutan International Day of Mathematics 2024 (IDM 2024) dengan tema “Playing with Math”, telah diadakan pada 21 September 2023 di Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM. Sambutan tahunan ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains, YBrs. Prof. Madya Dr. Nor Azwady Abd Aziz dengan dihadiri ahli pengurusan fakulti dan jabatan.

Sambutan yang juga dikenali sebagai Hari Antarabangsa Ilmu Matematik adalah sambutan sedunia di mana setiap tahun pada 14 Mac semua negara akan dijemput untuk mengambil bahagian melalui aktiviti untuk pelajar dan orang awam di sekolah, muzium, perpustakaan dan lain-lain. 14 Mac dipilih sebagai tarikh IDM kerana ia telah pun disambut di banyak negara sebagai Hari Pi, berdasarkan fakta bahawa sesetengah negara menulisnya sebagai 3/14 dan pemalar matematik Pi ialah kira-kira 3.14.

Sempena sambutan IDM 2024, Jabatan Matematik dan Statistik akan menganjurkan beberapa aktiviti menarik bermula 21 September 2023 hingga 14 Mac 2024. Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti Math Treasure Hunt @Science UPMMath Invention, Innovation & Design CompetitionM-Bot Challenge dan Playing with Math dengan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK). Maklumat lanjut mengenai aktiviti tersebut boleh dicapai di laman sesawang IDM 2024 di pautan Sambutan IDM 2024.

Dijemput semua untuk menyertai dan memeriahkan aktiviti yang dianjurkan.

 

 

Date of Input: 21/11/2023 | Updated: 22/11/2023 | norlida_mn

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXEcFAp~