'Mind Reset: Fun At Work' Tangani Masalah Tekanan Di Kalangan Staf | FACULTY OF SCIENCE
» NEWS » 'Mind Reset: Fun at Work' tangani masalah tekanan di kalangan staf

'Mind Reset: Fun at Work' tangani masalah tekanan di kalangan staf

SERDANG: Cabaran bekerja dari rumah susulan pandemic COVID-19  terus dirasai oleh semua lapisan masyarakat sehingga boleh menimbulkan tekanan perasaan dan gangguan mental sekiranya tidak ditangani dengan baik. Justeru itu, Fakulti Sains mengambil inisiatif menganjurkan program bual bicara santai bertajuk ‘Mind Reset: Fun at Work’ yang telah diadakan pada 28 Mei 2021 yang disampaikan oleh YM Dr. Raja Kamariah Raja Mohd Khalid,Pengarah Bahagian Bimbingan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat secara atas talian (ZOOM).

Objektif utama program ini adalah untuk membantu warga fakulti dalam mencari jalan keluar seandainya berhadapan dengan tekanan dalam tempoh menjalani tempoh bekerja dari rumah (BDR). Berhadapan dengan suasana tempat kerja di rumah yang tidak kondusif, kekurangan gajet, perlu melakukan kerja pejabat seiring dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa di rumah boleh menyumbang kepada masalah yang lebih besar seterusnya memberi implikasi buruk dalam rumahtangga. Antara perkongsian utama  yang dikongsi oleh penceramah adalah cara mengetahui sama ada kita berada dalam mod stress yang keterlaluan dan teknik mengurangkan tekanan dengan cara reset minda. Di samping itu, penceramah juga turut melakukan aktiviti bersama peserta dan mendapat sambutan yang baik di kalangan peserta.

Semoga program yang dihadiri lebih dari 100 orang ini sedikit sebanyak dapat membuka minda dan persepsi staf bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan melalui medium yang betul.

 

Oleh: Noor Nashrin Arlina Anas

 

 

Date of Input: 16/06/2021 | Updated: 16/06/2021 | nashrin

MEDIA SHARING

FACULTY OF SCIENCE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696601/6602/6603
0397693237
SXDdUAb~